Ikuti Kami:

Sering Disisihkan, Penonton Minta Song Jihyo Berhenti ‘Running Man’!

Sering Disisihkan, Penonton Minta Song Jihyo Berhenti ‘Running Man’!

Song Jihyo merupakan pelakon yang mula menempa nama semasa kemunculan pertamanya dalam drama “Whispering Corridors”. Dek lakonannya yang berkesan, wanita itu kemudiannya telah membintangi banyak lagi naskhah popular seperti “Princess Hours”, “Jumong”, “Frozen Flower” dan banyak lagi.

Walaupun dikenali ramai peminat luar negara kerana watak antagonis dalam “Princess Hours”, namanya kian melambung naik selepas mula menyertai rancangan hiburan “Running Man” sebagai satu-satunya wanita pada awalnya. Tenaga pelakon itu yang bisa mengalahkan beberapa ahli lain dengan mudah selain kelincahannya, membuatkan ramai penonton tak kiralah lelaki atau pun wanita mula jatuh suka dengannya.

Jihyo dilayan seperti anak tiri

Pun begitu, ramai yang mula perasan bahawa Song Jihyo kini sepertinya mula dilayan bagai ‘anak tiri’ oleh pihak produksi “Running Man”. Jika dahulu, penonton sering disajikan dengan bahagian wanita itu yang banyak tapi sekarang ini, nak nampak batang hidung pun susah. Malahan, peminat Song Jihyo terpaksa berpuas hati dengan mendengar suara gelak tawanya daripada belakang sahaja.

Penonton juga menekankan bahawa Song Jihyo sering dipasangkan dengan Ji Sukjin iaitu ahli paling lemah dalam “Running Man”. Sekaligus menutup sedikit kehebatan wanita itu kerana terpaksa menjaga abang paling sulung itu.

Jun Somin bolot perhatian

Ada yang tunding jari dan menuduh Jun Somin telah mendapat layanan istimewa daripada staf dan juga ahli lelaki “Running Man” yang lain. Hal ini kerana dia sering mendapat bahagian yang besar bagi setiap episod selain acap kali dapat menjadi ‘watak utama’ untuk beberapa episod rancangan itu. Walhal Song Jihyo sudah sekian lama tidak mendapat kelebihan seperti itu.

Tapi tak kurang juga, ada segelintir peminat rancangan itu yang memuji Jun Somin kerana membuatkan “Running Man” lebih meriah kerana telatah ‘masuk air’nya. Segelintir peminat pelakon ini juga mendedahkan bahawa mereka tidak suka dengan peminat Song Jihyo yang terlampau mengagung-agungkan wanita itu sehingga sanggup menindas Jun Somin. Padahal, kedua wanita ini mempunyai hubungan yang baik sahaja kalau anda lihat dengan teliti pada setiap episod.

Ahli lain pencilkan Jihyo?

Jun Somin dapat ‘food truck’ tetapi tidak Jihyo

Malahan ada juga yang mengungkit kenapa ahli yang lain seperti tak peduli langsung dengan Song Jihyo tapi layanan yang baik diberikan kepada Somin. Ini dibuktikan apabila dalam satu episod yang lepas di mana ahli “Running Man” berbincang tentang menghantar ‘food truck’ kepada rakan pelakon sebagai sokongan untuk penggambaran drama mereka.

Ceritanya bermula apabila Lee Kwangsoo mempersoalkan Song Jihyo kenapa dia tidak menghantar ‘food truck’ kepadanya tetapi boleh melakukan hal yang sama kepada pelakon Hong Jonghyun dan Junho (kumpulan 2PM). Tanpa sengaja, Yang Sechan telah mendedahkan bahawa dia dan Kwangsoo ada menghantar ‘food truck’ kepada Jun Somin semasa di set penggambaran dramanya. Song Jihyo kemudiannya bertanya kenapa dia tak hantar kepadanya juga namun Lee Kwangsoo tak mampu berkata apa-apa.

Lee Kwangsoo dan Yoo Jaesuk pentingkan pelakon lain

Dalam satu episod lain, Lee Kwangsoo dikhabarkan telah menghantar ‘food truck’ kepada pelakon Lee Boyoung dan Lee Sieon namun tidak kepada Song Jihyo. Pun begitu, Lee Kwangsoo telah mengheret sekali Yoo Jaesuk dalam hal ini dan mengatakan bahawa pengacara itu turut menghantar ‘food truck’ kepada pelakon Park Minyoung.

Walaubagaimanapun, Yoo Jaesuk menjelaskan bahawa Park Minyoung sering menghantarnya makanan seperti teh halia, teh jujube dan kimchi namun Ji Sukjin mencelah dan mengatakan bahawa Song Jihyo juga selalu memberikan ikan pacific herring kering hampir setiap tahun kepada lelaki itu. Pengacara itu kemudiannya cuba ‘cover’ dan beritahu bahawa setiap kali dia teringatkan Song Jihyo, mesti wanita itu tidak merakamkan apa-apa drama pada ketika itu, jadi niat untuk menghantar ‘food truck’ tidak tercapai.

Konon keluarga, tapi kenapa Jun Somin sahaja dapat?

Pun begitu, Kim Jongkook cuba meredakan keadaan dengan mengatakan bahawa keluarga tak buat perkara seperti itu lagi pun mereka berjumpa pada setiap minggu. Penonton bagaimanapun menyelar kenyataan lelaki sasa itu kerana tak lama selepas itu, dia, Haha dan Yang Sechan telah menghantar ‘food truck’ sebagai sokongan ke set penggambaran Jun Somin.

Rata-rata penonton menyatakan bahawa riak wajah Song Jihyo sedikit berubah apabila dia mendapat tahu Yoo Jaesuk dan Lee Kwangsoo ada menghantar ‘food truck’ kepada pelakon lain. Tak kurang juga yang menghencap mereka kerana mengatakan bahawa ahli keluarga tak buat perkara sebegitu, tetapi tanpa segan telah beberapa kali menghantar makanan kepada Jun Somin semasa dia di set penggambaran drama.

Apa pun, kita hanyalah orang luar dan tidak tahu dinamik hubungan antara ahli “Running Man”. Jadi tak perlulah untuk kaji lebih-lebih mengenai mereka.

Artikel berkaitan: Ahli ‘Running Man’ Ucap Happy Birthday Buat Somin Tapi Ada Pertikai Kenapa Jihyo Tak Dapat Layanan Sama?

Rancangan hiburan adalah untuk menghiburkan bukan untuk undang stres!

Sumber: Pann-Choa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...