Ikuti Kami:

Serasi Dalam Drama ‘VIP’, Jang Nara Nafi Bercinta Dengan Lee Sangyoon

Serasi Dalam Drama ‘VIP’, Jang Nara Nafi Bercinta Dengan Lee Sangyoon

Mesti ramai yang dah rindu dengan drama ‘panas’ iaitu “VIP” kan? Sudah tamatkan tayangan pada minggu lepas tetapi ianya masih menjadi buah mulut penonton. Ramai dikatakan tidak berpuas hati dengan kesudahannya yang sedikit hambar. Sebabnya penonton berharap agar watak si isteri membalas dendam kepada suaminya yang curang dengan wanita muda tetapi dia hanya melepaskan lelaki durjana itu dengan mudah.

Walaupun kesal dengan watak suami yang dibawa oleh Lee Sangyoon tetapi penonton memuji keserasian pelakon lelaki itu bersama Jang Nara yang membawa watak sebagai isterinya. Watak utama “VIP” hidup kerana mereka berdua berjaya menjiwai perasaan pasangan berkahwin yang menghadapi konflik kerana kehadiran orang ketiga.

jang nara nafi bercinta dengan lee sangyoon

Disebabkan gandingan mereka yang sepadan itu, ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka mempunyai hubungan yang lebih mendalam di luar drama tersebut. Semasa temu bual bersama “Night of Real Entertainment”, Jang Nara tidak terlepas daripada ditanyakan soalan cepumas mengenai hubungannya bersama Lee Sangyoon.

“Kami hanya rakan sekerja yang baik. Kami juga hanya bekerja keras.”

Apabila diusik lagi oleh wartawan rancangan itu, Jang Nara hanya ketawa dan menolak tebakan itu. “Jangan buat macam itu, dia hanya rakan sekerja yang baik!”

jang nara nafi bercinta dengan lee sangyoon

Kalau bercinta pun apa salahnya kan? Mereka berdua pun single dan sepadan bersama! Rasanya ramai yang akan merestui hubungan mereka sekiranya kedua-dua pelakon ini benar-benar bercinta.

Sumber: Jazmine Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...