Ikuti Kami:

Sepi Selepas Skandal Cerai, Song Hyegyo Tampil Berseri Di New York Fashion Week

Sepi Selepas Skandal Cerai, Song Hyegyo Tampil Berseri Di New York Fashion Week

Pasti ramai yang terkejut dengan berita penceraian antara pasangan terhangat di Korea suatu masa dahulu iaitu Song Joongki dan Song Hyegyo. Sentiasa menjadi sebutan dan inspirasi kepada peminat di Korea dan juga seluruh dunia, perpisahan mereka menyebabkan ramai yang skeptikal dengan hubungan pasangan selebriti yang lain.

Walaupun Song Joongki pernah mendedahkan bahawa dia merupakan peminat wanita cantik itu, mereka bertemu secara rasmi menerusi drama ‘Descendants of the Sun’ yang ditayangkan pada tahun 2016. Percintaan yang mulanya hanya berlaku di dalam drama rupanya di bawa ke dunia realiti apabila kedua pelakon itu mengumumkan perkahwinan mereka. Tapi sayangnya, jodoh pasanggan itu tidak berkekalan apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas tiga tahun bersama.

song joongki song hyegyo

Banyak khabar angin yang berterbangan, ada yang kata mereka berdua mempunyai skandal lain dan macam-macam lagi. Tapi tiada siapa mengetahui perkara sebenar disebalik perpisahan mereka.

Walaupun senyap untuk seketika, Song Hyegyo kini semakin rajin memunculkan diri dalam acara fesyen bagi jenama yang diwakilinya. Terbaru, pelakon berusia 38 tahun itu nampak cantik dan berseri semasa melakukan kemunculan pada New York Fashion Week.

song hyegyo

song hyegyo bercerai

Sudah hampir menjangkau usia 40-an, wanita itu masih mampu berdiri setanding dengan gadis 20-an. Dengan auranya yang memukau, sebab itulah dia masih antara pelakon wanita yang menjadi rebutan pengarah drama. Rata-rata netizen turut memuji kecantikan Song Hyegyo yang mengenakan sut putih klasik lantas menaikkan lagi seri wajahnya. Tak perlu solekan yang tebal pun!

Harapnya pelakon yang melonjak popular menerusi drama ‘Full House’ ini mengecap bahagia setelah melalui episod duka bersama bekas suaminya. Ramai juga yang tak sabar nak saksikan dia kembali beraksi dalam drama baru dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan naskhah terbaru daripadanya!

Sumber: Pann-choa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...