Ikuti Kami:

Sepi Hampir 2 Tahun Dek Isu Buli, Kim Donghee Akan Kembali Berlakon Tak Lama Lagi?

Sepi Hampir 2 Tahun Dek Isu Buli, Kim Donghee Akan Kembali Berlakon Tak Lama Lagi?

Selepas hampir 2 tahun sepi, pelakon Kim Dong-hee akhirnya tampil menyapa peminat di laman Instagram.

Terbaru pada 5 Januari, Kim Dong-hee telah berkongsi beberapa foto profil baru menerusi Instagram peribadinya, tampil dengan imej yang lebih matang dan berambut panjang.

Sebelum ini, pelakon itu juga telah menulis ucapan tahun baru buat peminat, menandakan kemunculan semulanya di Instagram dalam hampir 2 tahun.

Bagi yang belum tahu, pada awal 2021, Kim Dong-hee terlibat dalam kontroversi buli di sekolah, di mana pelakon itu dituduh membuli rakan sekelasnya yang kurang upaya semasa tahun ke-5 di sekolah rendah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김동희 (@kim_d.he)

Kemudian pada awal 2022, pelakon “Extracurricular” itu membuat permohonan maaf secara rasmi, mengakui bahawa dia memang pernah terlibat dalam konflik dengan rakan sekelas dan sudah pun menyesal dengan perlakuannya yang kurang matang semasa kecil.

Dengan foto profil baru telah dimuat naik, netizen menjangka bahawa pelakon itu akan kembali aktif dalam dunia lakonan tak lama lagi.

Korang rindu tak nak tengok Kim Dong-hee berlakon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...