Ikuti Kami:

“Seperti Shikhye” – Shin Minah & Kim Seonho Yakin Serasi Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

“Seperti Shikhye” – Shin Minah & Kim Seonho Yakin Serasi Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Tengok gambar sahaja tapi semua pasti dah dapat rasakan keserasian di antara Kim Seon-ho dan Shin Min-ah dalam “Hometown Cha Cha Cha”.

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Berbeza daripada segala aspek, kedua watak ini asyik bertelingkah setiap kali bertemu – tapi perasaan cinta mula bercambah apabila kehidupan mereka mula berkait.

Menurut Shin Min-ah, watak Hong Doo-shik yang dibawa Kim Seon-ho adalah sangat baik,

Doo-shik ialah seorang yang baik dan persona utamanya ialah dia tahu menikmati kehidupan. Saya rasa kelembutan dan sisi bebasnya akan membuatkan penonton berasa gembira apabila menontonnya.

hometown cha cha chaKim Seon-ho juga tidak terlepas daripada memuji rakan gandingannya,

Saya rasa kerana Shin Min-ah melakonkan watak Hye-jin memainkan peranan yang besar kepada persona watak itu. Hye-jin ialah seorang yang secara semula jadinya disayangi, tak kisahlah apa yang dibuatnya dan di mana dia pergi. Saya berasa penonton akan seronok dan gembira setiap kali melihatnya.

Shin Min-ah juga yakin dengan keserasian mereka berdua,

Jikalau saya boleh simpulkan keserasian di antara Doo-shik dan Hye-jin dalam satu ayat, ia adalah ‘irama empat-rentak’. Ini kerana mereka sangatlah sepadan dengan satu sama lain. Walapun mereka sering bergaduh, apabila ada situasi genting berlaku, kerjasama di antara mereka tiada tandingan langsung. Nampak sahaja seperti mereka berbeza, sebenarnya banyak persamaan di antara keduanya.

shin minah kim seonhoMenggunakan gabungan nama mereka sebagai penjelasan, ini kata Kim Seon-ho,

Seperti nama timangan mereka ‘Shik-Hye’, saya rasa keserasian di antara Hye-jin dan Doo-shik ialah seperti air shikhye (air beras Korea yang manis) yang manis dan menyegarkan. Seperti ramai yang teringinkan shikhye dalam kehangatan musim panas, saya mahu berikan perasaan menyegarkan dan manis apabila mereka terbayangkan pasangan Shik-Hye.

Pasti semua dah tak sabar nak melihat gandingan ‘pasangan lesung pipit’ ini kan? Jangan lupa tonton “Hometown Cha Cha Cha” di Netflix pada 28 Ogos ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...