Ikuti Kami:

“Sepatutnya Dirahsiakan..” – Terus Dipersoalkan, Agensi Sekali Lagi Perjelas Isu Kontrak Kim Seonho

“Sepatutnya Dirahsiakan..” – Terus Dipersoalkan, Agensi Sekali Lagi Perjelas Isu Kontrak Kim Seonho

Selepas pendedahan mengenai kisah antara Kim Seon-ho dan bekas kekasihnya dahulu, terdapat khabar angin bertiup kencangn mengatakan bahawa ia adalah rancangan agensinya bagi ‘mengikat’ pelakon itu bersama mereka.

Meskipun sudah pun menjelaskan situasi sebenar, walaubagaimanapun khabar angin itu terus bertiup kencang.

Terbaru, SALT Entertainment sekali lagi tampil dengan kenyataan baru bagi berkongsi mengenai kontrak Kim Seon-ho bersama mereka.

kim seonho

Jelas mereka,

Hello, ini ialah SALT Entertainment.

Kami mahu berkongsi informasi sebenar mengenai terma kontrak di antara Kim Seon-ho dan SALT Entertainment.

Meskipun kandungan kontrak ini sepatutnya dirahsiakan mengikut prinsip, kami mendedahkannya selepas mendapat kebenaran daripada parti yang terlibat dek masalah yang berterusan.

Perjumpaan pertama antara Kim Seon-ho dan SALT Entertainment berlangsung pada Julai 2018 atas rekomendasi wakil stesen penyiaran. Kami memutuskan agak sukar untuk pelakon membuat keputusan dalam jangka masa yang pendek apabila memilih egnsi yang akan bersamanya selama beberapa tahun. Kami bersetuju untuk bekerjasama dari September 2018 hingga September 2019 sebelum membincangkan mengenai pembaharuan kontrak.

Kemudian pada Jun 2019, semasa masih tinggal tiga bulan di dalam kontrak, kami sepatutnya membincangkan mengenai sambungannya. Walaubagaimanapun, akhirnya 2020 tiba dan pelakon tersebut mula sibuk dengan promosi dan disebabkan agensi dan Kim Seon-ho mempunyai kepercayaan yang utuh antara satu sama lain. Kemudian, mengikut permintaan pelakon itu sendiri, kami memperbaharui kontrak dari Mac 2020 hingga Mac 2023. Kami juga menandatangani perjanjian tambahan yang mengatakan bahawa kontrak itu akan disambung secara automatik pada saban tahun hingga Mac 2027 melainkan salah satu pihak menyediakan notis untuk tidak menyambungnya.

Kami meminta pemahaman anda dengan mengeluarkan kenyataan ini dek masalah yang berterusan.

Terima kasih.

Semoga tiada lagi khabar angin mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...