Kim Hye-yoon kini semakin terkenal disebabkan oleh lakonannya sebagai Im Sol dalam “Lovely Runner”.
Selepas lakonannya dalam “Lovely Runner” dipuji oleh penonton di media sosial, peminat mula berharap agar Kim Hye-yoon akan digandingkan dengan pelakon muda yang lain buat dramanya yang akan datang.
Memandangkan Kim Hye-yoon dilahirkan pada tahun 1996, ramai yang merasakan bahawa pelakon itu sesuai untuk bergandingan dengan pelakon lelaki kelahiran 1997 iaitu Lee Jun-young.
Rata-rata netizen di Korea juga bersetuju dengan gandingan tersebut dan ramai percaya bahawa kedua-dua pelakon itu sesuai untuk memegang watak sebagai pasangan dalam drama bergenre romantik.
Antara komen netizen,
- Saya setuju Kim Hye-yoon dengan Lee Jun-young!
- Mereka sepadan sangat!
- Saya akan lakukan apa sahaja untuk lihat mereka bergandingan!
- Bayangkan mereka berlakon dalam drama romantik bersama-sama.. Mesti seronok!
- Visual Kim Hye-yoon dan Lee Jun-young sangat serasi!
Korang setuju ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.