Ikuti Kami:

S(E)OUL OUT Hidangkan Makanan Korea Halal, Mesti Cuba!

S(E)OUL OUT Hidangkan Makanan Korea Halal, Mesti Cuba!

Selepas Malaysia dilanda demam Korea, semakin banyak kedai berasaskan Korea telah dibuka. Tetapi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia ialah kedai makanan Korea. Walaupun dah banyak kedai francais makanan Korea, masih ramai lagi yang mencari kedai sajian makanan Korea yang betul-betul sedap.

Jangan risau kerana admin ingin memperkenalkan satu ‘port’ kedai makan terbaru yang boleh memuaskan hati sesiapa yang sedang mengidam nak makan makanan Korea.

s(e)oul out lokasi

Diberi nama S(E)OUL OUT, kedai makanan ini kian menjadi tumpuan bukan sahaja peminat K-Pop tetapi juga ramai lagi yang benar-benar sukakan makanan Korea. Tak perlu khuatir kerana kedai ini menawarkan pelbagai jenis makanan daripada makanan berat sehinggalah ke pencuci mulut.

Lihat sahaja visual makanan yang dihidangkan di kedai ini. Memang nampak menyelerakan!

s(e)oul out ayam
s(e)oul out makanan
s(e)oul outBukan makanan berat sahaja kelihatan lazat, bahkan pencuci mulut yang disediakan pun nampak sedap!

bingsoo
dessert
minuman

Persekitaran kedai itu juga sangat menarik dan santai. Sesuai dijadikan tempat lepak sambil ‘chill’ bersama rakan-rakan.

s(e)oul out
s(e)oul out
s(e)oul out

Yang paling penting, kedai ini mempunyai sijil Halal jadi orang Muslim tak perlu risau dan boleh makan di situ dengan sepuas-puasnya!

sijil halal

Nak sampai ke kedai ini sangat mudah kerana ia terletak berdekatan dengan stesen MRT Taman Connaught. Tak perlu nak bawa kereta bagai, boleh terus guna pengangkutan awam ini.

Kalau nak tahu, kedai ini juga menerima cadangan untuk sebarang acara. Jadi kepada peminat K-Pop yang ingin mengadakan acara peminat, boleh terus hubungi Cik Apple (018-235 5997) untuk melakukan perbincangan dan tempahan.

Alamat kedai: B-1-4, B04, Level 1, Jalan 3/144A Medan Connaught Centre Point, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mesti dah bosan asyik makan makanan Korea di kedai yang sama. Apa lagi cepat serbu S(E)OUL OUT untuk cuba makanan Korea yang disediakan mereka, pasti tak menyesal!

Sumber: Twitter, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...