Ikuti Kami:

Seolhyun AOA Ditawar Terajui Drama Thriller ‘Murderer’ Shopping List’ Dengan Lee Kwangsoo

Seolhyun AOA Ditawar Terajui Drama Thriller ‘Murderer’ Shopping List’ Dengan Lee Kwangsoo

Selepas “Awaken”, nampaknya Seol-hyun AOA mungkin akan kembali dengan drama baru nanti.

Terbaru, agensi idola itu mengumumkan bahawa dia ditawarkan untuk bintangi drama “Murderer’s Shopping List”.

Seol-hyun telah menerima tawaran berlakon drama terbaru tvN ‘Murderer’s Shopping List’ dan dia kini sedang menelitinya dengan pandangan positif.

Berdasarkan daripada novel dengan nama yang sama, drama thriller ini membawa kisah pelbagai jenayah dan situasi berbahaya seperti penderaaan kanak-kanak dan pengintip yang boleh berlaku di dalam kejiranan yang normal.

seolhyun

Seol-hyun dikatakan bakal membawa watak Do Ah-hee, pegawai polis realistik yang suka melihat-lihat hartanah walaupun tidak membelinya. Manakala Lee Kwang-soo pula disahkan sebelum ini sedang mempertimbangkan tawaran untuk melakonkan watak AAhn Dae-sung, juruwang pasar raya yang prihatin dan mempunyai memori yang hebat.

Khabarnya, drama thriller ini akan ditayangkan pada 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...