Utama Celebrity News Seol Inah Masuk Agensi Gold Medalist, Sertai Kim Soohyun, Seo Yeji &...

Seol Inah Masuk Agensi Gold Medalist, Sertai Kim Soohyun, Seo Yeji & Ramai Lagi

seol inah gold medalist

Seol In-ah telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Gold Medalist!

Pada 11 April, Gold Medalist mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Seol In-ah, sambil berkata,

Seol In-ah ialah seorang pelakon dengan visual yang menarik dan kemahiran lakonan yang mantap. Kami akan melakukan yang terbaik dengannya.

Sementara itu, Seol In-ah telah membuat penampilan sulungnya pada tahun 2015 dan memulakan kerjayanya dalam drama “Strong Woman Do Bong-soon”, “School 2017” dan banyak lagi drama popular.

Berkat wataknya dalam drama “A Business Proposal” yang baru sahaja tamat sebagai Jin Young-seo, Seol In-ah telah berjaya membuktikan kemahiran lakonannya yang semula jadi, dan telah menambah ekspetasi penonton untuk melihatnya dalam karya yang lain pada masa hadapan.

Sekadar info, agensi Gold Medalist juga merupakan rumah kepada Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji, Kim Sae-ron, Choi Hyun-wook dan ramai lagi bintang hebat.

Selamat maju jaya buat Seol In-ah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...