Seo Kangjoon Akui Tiada Bakat Semula Jadi Dalam Lakonan

seo kangjoon tiada bakat semula jadi watcher

Seo Kangjoon mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama seperti ‘Cheese In The Trap’ dan ‘Entourage’. Pun begitu, semasa awal penglibatannya, ramai netizen yang mempertikaikan mutu lakonan lelakit itu. Mereka semua tertanya-tanya mengapa dia dipilih sebagai pelakon sedangkan memek muka dan pergerakan tubuhnya adalah sangat kaku. Walaupun sering menerima kritikan, Seo Kangjoon tidak berputus asa dan terus berusaha memperbaiki lakonannya.

Menerusi temubual dengan majalah ‘Esquire’ baru-baru ini, Seo Kangjoon dengan merendah diri telah menceritakan mengenai karier dan etika lakonannya.

Meskipun dia menerima kritikan yang pedas sebelum ini, tetapi menerusi drama thriller ‘Watcher’ yang diterajuinya baru-baru ini, dia telah menerima pujian yang tinggi mengenai lakonannya yang meninggalkan kesan.

seo kangjoon berlakon watcher

Apabila ditanya mengenai wataknya dalam drama tersebut, pelakon itu menjelaskan bahawa dia sedar yang dia perlu bekerja dengan keras kerana dia tidak mempunyai bakat semula jadi dalam bidang lakonan.

“Kerana berlakon adalah sangat menyeronokkan, saya ingin lakukan yang terbaik dalam menjiwai setiap watak. Tapi saya sentiasa berada dalam situasi di mana saya tidak pasti sama ada dengan kerja keras sahaja mampu membawa watak itu dengan baik. Tiada pilihan bagi saya selain daripada bekerja keras. Bukannya saya mahu bekerja keras tetapi saya tiada pilihan lain selain bekerja keras.”

seo kangjoon lakonan

“Jikalau saya dilahirkan dengan bakat lakonan semula jadi, berkemungkinan besar saya tidak akan bekerja sebegini keras. Pelakon seperti saya yang lahir tanpa bakat asli dan kekurangan naluri yang tajam, saya rasa tiada apa yang mampu saya lakukan selain bekerja keras.”

Nampaknya usahanya tidak menemui jalan mati apabila ramai penonton yang mula sedar dengan bakat lakonannya. Menerusi watak Kim Yeonggun dalam drama ‘Watcher’, dia berjaya mengubah persepsi netizen mengenai lakonannya yang sebelum ini dianggap kaku. Kepada sesiapa yang masih belum menonton drama ini, bolehlah mula menonton sekarang kerana semua episod telah pun ditayangkan.

Sumber: Soompi

Leave a Reply