Ikuti Kami:

“Senyap-Senyap Je Dorang” – Peminat Teserempak KARA Jalani Penggambaran MV Di Sabah?

“Senyap-Senyap Je Dorang” – Peminat Teserempak KARA Jalani Penggambaran MV Di Sabah?

Adakah KARA bakal melakukan comeback tak lama lagi?

Terbaru, seorang individu di TikTok memuat naik video berdurasi 8 saat di mana kesemua anggota kumpulan wanita itu dilihat sedang meluangkan masa di Pantai Tanjung Aru, Sabah awal April lalu.

Menerusi ruangan komen, ada yang mengakui terserempak kumpulan KARA ketika mereka menjalani penggambaran di Pusat Beli-Belah Imago dan beberapa peminat berpeluang menyaksikan penggambaran itu.

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai laporan ini. Jadi, sama-sama kita nantikan sekiranya KARA benar-benar menjalani penggambaran di Sabah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...