Ikuti Kami:

“Senyap Macam Song Jihyo” – Lee Kwangsoo Dedah Baru Pulih Dari Jangkitan COVID-19

“Senyap Macam Song Jihyo” – Lee Kwangsoo Dedah Baru Pulih Dari Jangkitan COVID-19

Kombinasi disukai ramai iaitu Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin dan Lee Kwang-soo akhirnya membuat kemunculan dalam rancangan ‘Ddeun Ddeun’ yang dikelolakan oleh pengacara No 1 itu.

Hanya bersembang mengenai pelbagai cerita, Lee Kwang-soo sempat berkongsi mengenai kisah kelakarnya bersama Ji Suk-jin.

Saya teringat Ji Suk-jin menghubungi semasa saya sedang dalam kuarantin hari itu.

lee kwangsoo

Katanya, apabila memberitahu lelaki tua itu yang dia sedang menghidapi COVID-19, lelaki itu terus mematikan talian dan berkata kepada orang disebelahnya,

Kita tak boleh gunakan dia.

Ulas Ji Suk-jin,

Betul tu, saya menghubungi untuk penggambaran tapi dia dijangkiti COVID-19. Saya tak gunakan awak bukan kerana saluran YouTube, tapi kerana memikirkan kesihatan.

ji sukjin

Mendengarkan pendedahan itu, rata-rata peminat terkejut kerana Lee Kwang-soo rupanya baru sembuh dari jangkitan COVID-19 memandangkan tiada pengumuman rasmi dibuat mengenainya. Malah ada yang membandingkan pendedahan ini dengan Song Ji-hyo yang turut sama tidak mendedahkan berkenaan hal itu ketika dijangkiti.

Nasib baik Lee Kwang-soo nampak sihat sahaja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...