Ikuti Kami:

Sentuh Perasaan Hingga Ke Penghujung, Episod Akhir ‘Navillera’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Sentuh Perasaan Hingga Ke Penghujung, Episod Akhir ‘Navillera’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Hanya 12 episod, akhirnya drama “Navillera” telah pun menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

Berkisar daripada webtoon popular, “Navillera” membawa kisah Deok-chul (Park In-hwan) yang mula menari ballet pada usia 70 tahun dan Chae-rok (Song Kang), seorang penari balet berusia 23 tahun yang hilang arah ketika mengejar impiannya. Drama ini akan menceritakan kisah individu yang mengejar cita-cita mereka kerana hidup ini hanya sekali.

tvn navillera

Drama menyejukkan hati

[Amaran SPOILER]

Meskipun tidak sependapat pada awalnya, namun Chae-rok dan Deok-chul akhirnya menjadi ‘rakan’ yang bergantung antara satu sama lain bagi mengejar peluang kedua dalam kehidupan.

Walaupun berkisar tentang impian, namun “Navillera” ternyata berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata pada saban episod. Kesemuanya meluahkan rasa gembira apabila Deok-chul dan Chae-rok akhirnya dapat membuat persembahan bersama di atas pentas.

tvn navillera

Malah semakin menyentuh perasaan kerana lelaki tua itu terus mengingati Chae-rok meskipun penyakit Alzheimer yang dihidapinya kian membimbangkan.

Rating baik

Bagi sebuah drama yang memberikan fokus kepada kehidupan dan bukannya cinta mahupun debaran, “Navillera” nyata mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bahkan episod akhirnya berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 3.679%. Tahniah!

Serius tak rugi tonton drama ini, korang pasti akan terasa untuk mengejar impian yang lama dipendam selepas menontonnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...