Ikuti Kami:

Sentuh Banyak Isu Penting Dalam 13 Episod Sahaja, ‘Mad For Each Other’ Tamat Dengan Pujian

Sentuh Banyak Isu Penting Dalam 13 Episod Sahaja, ‘Mad For Each Other’ Tamat Dengan Pujian

Penat juga tengok drama berepisod panjang kan? Kadang-kadang lebih seronok tengok drama yang pendek dengan plot yang padat. Seperti “Mad For Each Other” yang sudah pun menamatkan tayangan baru-baru ini.

Sinopsis

Drama komedi romantik ini menemukan seorang lelaki gila dengan 0% kemampuan untuk mengawal kemarahan dan seorang wanita gila yang memulakan kemarahan orang lain. Mempunyai masalah yang sama dan turut berkongsi pakar psikiatri, kedua mereka tidak dapat mengelak dan mula melalui proses penyembuhan semakin mereka mengenali satu sama lain.

netflix mad for each other

Penuh emosi dan mesej

Meskipun membawa cerita mengenai masalah dalaman Noh Hwi-woo (Jung Woo) dan Lee Min-kyung (Oh Yeon-seo), namun drama ini turut menekankan pelbagai isu penting seperti trauma, serangan seksual, kemarahan melampau dan banyak lagi. Secara tak langsung, ia memberikan pendedahan kepada penonton mengenai isu yang jarang dibincangkan ini.

Rata-rata penonton turut sama belajar memperbaiki diri apabila melihat perjalanan hidup Hwi-woo dan Min-kyung yang bencikan satu sama lain kepada cinta semasa pengembaraan mereka untuk melepaskan perkara yang mencengkam hidup mereka.

netflix mad for each other

13 episod drama “Mad For Each Other” nyata meninggalkan banyak mesej dan pengajaran buat penonton.

Bagi yang teringin nak marathon drama ini, korang boleh layan dengan mudahnya di Netflix. Jangan lupa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...