Ikuti Kami:

Senarai Drama Korea Paling Mengecewakan Untuk Tahun 2019!

Senarai Drama Korea Paling Mengecewakan Untuk Tahun 2019!

Walaupun Korea sering mendapat pujian mengenai kualiti drama yang dihasilkan mereka tetapi sudah pasti ada beberapa naskhah yang tidak mencapai prestasi yang membanggakan. Sama juga seperti dalam tahun 2019 ini, walaupun ada drama yang meletup habis, contohnya “When The Camellia Blooms”, “Sky Castle”, “Vagabond”, “VIP” dan banyak lagi tetapi ada juga drama yang mendapat sambutan ‘suam-suam kuku’ oleh peminat K-Drama.

Di sini, ada beberapa buah drama Korea yang mendapat kritikan penonton untuk tahun 2019.

The Secret Life Of My Secretary

my secret life of my secretary

Rata-rata penonton cekalkan hati untuk menghabiskan drama ini adalah kerana lakonan teraju utamanya yang hebat. Setiap daripada mereka berjaya menjiwai watak masing-masing sehingga penonton seperti dapat mengalami sendiri perasaan mereka. Pun begitu, plot ceritanya yang terlampau tipikal dan sudah diketengahkan banyak kali dalam naskhah lain. Kisah mengenai setiausaha yang jatuh cinta dengan bos sendiri dan tiada langsung garapan baru bagi plot sebegini. Boring!

Abyss

abyss

Drama ini adalah sangat mengecewakan sepanjang ia ditayangkan. Jalan ceritanya adalah sangat dungu sehinggakan para penonton tertanya-tanya sama ada penulis skrip ini menyangkakan bahawa mereka bodoh untuk mempercayainya. Yang pastinya ia bukanlah salah para pelakon naskhah ini dan rata-rata penonton kekal menontonnya sehingga tamat adalah kerana setia dengan lakonan Park Boyoung. Melihatkan perlakuan watak pembunuh bersiri tersebut nyata membingungkan penonton kerana dengan gayanya tersebut, sepatutnya dia sudah dapat diberkas sejak daripada awal lagi.

Encounter

encounter

Walaupun mendapat reaksi hangat daripada penonton pada awalnya kerana diterajui oleh nama-nama hebat seperti Song Hyegyo dan Park Bogum, tapi ternyata mereka tidak dapat menyelamatkan naskhah itu daripada kebosanan. Kebanyakan penonton mempunyai isu dengan arah tuju jalan ceritanya yang sangat selamat. Tiada apa yang istimewa mengenai drama ini melainkan seorang CEO wanita telah jatuh cinta dengan kakitangannya sendiri. Selain itu, meskipun Park Bogum pandai berlakon tetapi tiada apa yang istimewa mengenai wataknya dalam drama ini. Dia sepertinya memainkan watak diri sendirinya yang sebenar.

Melting Me Softly

melting me softly

Ramai peminat K-Drama yang teruja apabila mendapat tahu pelakon Ji Changwook bakal menerajui drama pertamanya selepas tamat latihan khidmat ketenteraan. Meskipun, penonton teruja dengan jalan ceritanya yang unik tetapi akhirnya semua plot tersebut bercelaru dan nampak tidak masuk akal. Sepertinya, penulis skrip tidak mempunyai bahan yang cukup bagi 16 episod lantas dia mula menambah babak tak ada makna bagi memanjangkan lagi cerita ini. Ramai juga menebak penulis dan pengarah drama ini hanya bergantung pada kuasa bintang yang ada pada Ji Changwook.

Mungkin ada antara drama ini yang disukai oleh anda? Tak semestinya ada orang yang kritik bermakna ia adalah sebuah naskhah yang teruk. Cuma mungkin tidak kena selera untuk sesetengah audiens.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...