Ikuti Kami:

“Semuanya Baik Sahaja” – Kandungan Diari Goo Hara Didedahkan, Netizen Hiba Baca Luahan Hatinya

“Semuanya Baik Sahaja” – Kandungan Diari Goo Hara Didedahkan, Netizen Hiba Baca Luahan Hatinya

Selepas hampir setahun kematian selebriti Goo Ha-ra, rancangan “Spotlight” di bawah saluran JTBC telah menyelongkar dengan lebih mendalam mengenai gadis tersebut semasa hayatnya selain menyiasat kisah perlawanan undang-undang di antara keluarganya dengan ibu kandung yang sekian lama menghilangkan diri.

Pun begitu, pendedahan kandungan diari Goo Ha-ra nyata merobek hati ramai orang. Daripada nukilannya, dapat dirasai kesusahan yang dialaminya sebelum membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

Ha-ra, tak apa. Ia tak menyakitkan. Semuanya baik sahaja.

Meskipun banyak luahan yang sedikit kelam tetapi kebanyakan entrinya nampak positif apabila dia menunjukkan minat pada orang baru dan bagaimana dia merancang untuk masa depan yang lebih berjaya dengan simpanan yang dikumpulkannya sepanjang aktif sebagai selebriti.

diari goo hara didedahkan

Namun, sesetengah nukilannya menunjukkan bahawa dia mengalami duka yang dalam. Dia meminta Tuhan memaafkannya dan menjaganya. Ha-ra nampaknya bergantung kepada agama apabila dia mengalami kesusahan hidup.

Ha-ra juga menulis mengenai tanggapan dirinya sendiri. Gadis itu merasakan bahawa dia terlalu ‘sensitif’ dan merupakan penyebab utama kenapa dirinya tidak bahagia. Malah dia sedar bahawa hatinya kosong dek tidak mempunyai ibu namun Ha-ra memberikan fokus untuk lebih bahagia pada masa hadapan.

Apa yang anda cakap, apa yang awak fikirkan, semuanya akan jadi kenyataan dan dipraktikkan. Saya perlu melindungi diri sendiri dahulu dan mengambil masa untuk mengenali diri sendiri dahulu. Tidak, saya memang tahu bahawa saya seorang sensitif daripada orang lain dan saya sangat mengenali diri sendiri sampai ke tahap yang menakutkan. Jangan rampas tenaga diri sendiri dan marilah jaga diri sendiri supaya sentiasa bahagia dan positif.

Saya rindukan ibu. Sya rindu dan mahu merasai ibu. Saya selalu menelan dan tidak melepaskannya tetapi saya sangat terdesak berbanding orang lain dan saya mahu ‘merasakannya’

Saya lebih sakit daripada orang lain… tidak, saya boleh berasa sakit. Saya sememangnya layak untuk berasa terluka.

diari goo hara didedahkan

Daripada kebanyakan nukilannya, frasa “semuanya baik sahaja” adalah yang paling banyak sekali dijumpai. JTBC telah menggunakan peluang ini dengan menghantar diari tersebut kepada seorang profesor psikologi di sebuah universiti untuk dikaji dengan lebih lanjut.

Menurut Profesor Kim Tae-kyung, Ha-ra mungkin sering menggunakan frasa tersebut untuk meyakinkan dirinya sendiri bahawa semuanya baik-baik sahaja.

Semuanya baik sahaja, semuanya baik sahaja.

Semuanya baik sahaja, Ha-ra.

Semuanya baik sahaja, semuanya baik sahaja.

diari goo hara didedahkan

Tapi entri yang paling menarik perhatian profesor tersebut ialah apabila Goo Ha-ra bercakap tentang “dibenarkan untuk merasai cinta”. Sepertinya gadis itu cuba memujuk dirinya untuk kekal positif namun apabila ia tidak berjaya, dia mula berasa takut.

Adakah kewujudan saya membebankan?

Siapa saya? Apa yang patut saya buat? Saya terbayang siapa saya. Adakah saya dibenarkan untuk merasai cinta? Adakah saya perlu mencintai?

Menurut profesor psikologi itu lagi, frasa yang digunakan ini biasanya diutarakan oleh individu yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya. Mereka sentiasa berusaha untuk meraih rasa cinta daripada orang lain dan kasih sayang itu juga mudah dirampas.

Luahan Ha-ra yang sepertinya jauh dengan perasaan cinta mungkin disebabkan oleh ibunya yang meninggalkannya sejak kecil lagi dan ayah pula yang sibuk bekerja kerana mahu mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Ayah, saya jadi begini kerana Song yang melahirkan saya. Awak selalu bawa saya sekali apabila curang dengan ayah. Dan awak…

Kenapa lahirkan saya sekiranya awak akan melakukan hal seperti ini?

diari goo hara didedahkan

Profesor Kim yakin bahawa Ha-ra sayangkan ayahnya namun tidak mempunyai sekelumit perasaan pun pada ibunya melainkan hanya ibu secara biologi sahaja.

Mungkin nampak remeh tetapi dia memanggil ayahnya sebagai ‘ayah’ tetapi menulis nama ibunya dengan namanya. Itulah perbezaannya. Dia adalah ayah kepada Ha-ra tetapi dia bukan ibu Ha-ra.

Apabila ditanya mengenai Ha-ra yang meluahkan perasaan rindu terhadap ibunya, profesor tersebut menjelaskan bahawa gadis itu merujuk kepada perasaan rindukan figura seorang ibu yang menenangkan dan bukannya ibu kandungnya. Ha-ra cuma mahu merasakan perasaan dikasihi oleh seorang ibu yang menyayangi anaknya tanpa berbelah bagi.

Sepertinya ini adalah dia yang cuba meminta pertolongan, dengan mengatakan bahawa ‘Saya sedang susah hati dan saya mahukan seseorang untuk memujuk saya. Saya penat.’

diari goo hara didedahkan

Walaupun sudah berbulan Goo Ha-ra meninggalkan dunia ini namun ramai yang masih belum dapat melupakannya. Tambahan pula apabila mengetahui bahawa dia terseksa sebegini rupa semasa hayatnya membuatkan semua berasa sedih. Semoga mendiang tenang di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...