Ikuti Kami:

Semua Tergamam Lihat Lisa Blackpink Tampil Persis Patung Barbie Di Minggu Fesyen Paris

Semua Tergamam Lihat Lisa Blackpink Tampil Persis Patung Barbie Di Minggu Fesyen Paris

Tak payah nak kenalkan pun, anda semua mesti kenal dengan ahli kumpulan Blackpink yang berasal daripada Thailand iaitu Lisa. Nama gadis ini tak pernah lekang daripada menjadi sebutan netizen. Nak tahu tak kenapa? Antara sebabnya ialah tariannya yang memukau dan nampak tajam. Tapi tak menghairankan pun sebab dia sudah berlatih menari sejak dari kecil lagi. Selain itu, Lisa juga mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Tubuh badannya yang ramping juga menjadi idaman para wanita di luar sana!

Disebabkan mempunyai impak yang besar sebagai seorang selebriti, tak hairanlah ramai nama besar yang inginkan Lisa sebagai wajah kepada jenama mereka. Walaubagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana jenama Celine telah berjaya ‘memerangkap’ gadis ini sebagai duta mereka! Dia juga telah beberapa kali berada di barisan hadapan untuk pertunjukan fesyen Celine semasa minggu fesyen. Baru-baru ini juga Lisa telah dijemput untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris atas jemputan jenama kesayangannya itu.

lisa tampil catin di minggu fesyen paris

Walaupun tampil ringkas semasa penerbangannya ke Paris, Lisa nyata tidak mengecewakan apabila dia tampil berani di pertunjukan fesyen itu sendiri. Rata-rata peminat dan juga pihak media melopong melihat kecantikan idola terkenal itu. Dengan tubuhnya yang tinggi lampai, t-shirt turtle neck yang dikenakan bersama dengan skirt hitam berkilat paras buku lali kelihatan fit dengannya. Imej yang dibawanya pada malam itu nampak ala-ala American-Country girl, membuatkan dia nampak segar!

lisa kelihatan seperti barbie doll

Kebanyakan yang melihat penampilannya itu tanpa rasa ragu terus memberi gelaran ‘Barbie doll’ kepada Lisa! Siap ada yang cakap wajahnya nampak ada iras dengan pelakon wanita popular iaitu Angelina Jolie. Ye ke?

lisa blackpink dipuji seperti patung barbie

Patutlah ramai peminat, lihat sajalah rupa Lisa yang cantik dan menawan! Bukan lelaki sahaja jatuh cinta, perempuan pun cair tahu.

Sumber: Wanista, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...