Ikuti Kami:

Semua Puas Hati Lihat Ending, Rating Episod Akhir ‘Bossam: Steal The Fate’ Cipta Rekod Baru Di MBN

Semua Puas Hati Lihat Ending, Rating Episod Akhir ‘Bossam: Steal The Fate’ Cipta Rekod Baru Di MBN

Pastinya ramai peminat “Bossam: Steal The Fate” sedih kerana drama itu sudah pun menamatkan siarannya kan?

Sinopsis

Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo (Jung Il-woo) merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

mbn bossam: steal the fate

Berakhir manis

[Amaran SPOILER]

Meskipun Soo-kyung dan Ba-woo selamat, namun Dae-yeop menemui ajalnya sambil disaksikan kedua mereka. Masih lagi bemum menemui bahagia, kedua mereka terpaksa berpisah dek situai Soo-kyung sebagai anak raja dan perlu menghabiskan upacara penting di istana.

mbn bossam: steal the fate

Walaubagaimanapun mereka berdua nyata berjodohan apabila berjumpa semula dan berjanji untuk hidup bersama buat selamanya. Bahagia akhirnya!

Rating terbaik di MBN

Cipta sejarah di MBN pada saban episod, “Bossam: Steal The Fate” terus membuktikan kepopularitiannya apabila meraih rating tertinggi di saluran tersebut ketika tayangan episod terakhirnya. Bukan sahaja mencipta rekod peribadi, malah ia turut melakar fenomena baru di MBN apabila episod akhir itu meraih rating sebanyak 9.8%.

Korang dah habis layan belum drama ini? Best tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...