Ikuti Kami:

Semua Persoalan Terjawab, Episod Akhir ‘Jirisan’ Raih Rating Memuaskan

Semua Persoalan Terjawab, Episod Akhir ‘Jirisan’ Raih Rating Memuaskan

Akhirnya, “Jirisan” telah pun melabuhkan tirai kelmarin selepas beberapa minggu membuatkan penonton berdebar sepajang tayangannya.

Sinopsis

“Jirisan” membawa kisah renjer hutan yang melakukan kerja menyelamat di pergunungan Jiri dan sebuah kisah misteri yang mula menyelubungi kawasan itu.

Semua terjawab

[Amaran SPOILER]

Rupanya pembunuh yang mengambil nyawa ramai orang di pergunungan itu ialah Kim Sol (Lee Ga-sub). Dia bertindak sedemikian dek trauma lama apabila melihat ayahnya yang membunuh diri kerana paksaan orang kampung untuk menjual kebun tebuannya untuk membina kereta kabel hingga membuatkan dia menjadi gila.

tvn jirisan

Mula mendengar bunyi tebuan pada setiap masa, Kim Sol mula membunuh kerana merasakan bahawa itulah yang dimahukan gunung itu. Malah bunyi tebuan yang bising juga mula hilang apabila dia melakukan perbuatan keji itu.

Sepertinya Jirisan sendiri membalas perbuatan keji lelaki itu apabila dia akhirnya ‘dimakan’ gunung dan mati semasa cuba membunuh Seo Yi-gang (Jun Ji-hyun). Semuanya kembali normal setahun kemudian apabila Seo Yi-gang sudah mula berjalan dan Kang Hyun-jo (Ju Ji-hoon) kembali bangun dari komanya serta semula bertugas sebagai renjer di pergunungan Jiri.

tvn jirisan

Rating menaik

Meskipun hanya mampu mencapai rating dua digit sekali sahaja, namun “Jirisan” menunjukkan pencapaian yang konsisten sepanjang tayangannya. Malah untuk episod akhir ini, ia kembali melepasi garisan rating 9% dengan catatan 9.2%.

Bagaimana dengan episod akhir? Okay tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...