Ikuti Kami:

Semua Klip Song Jihyo Di YouTube ‘Running Man’ Raih Lebih 1 Juta Tontonan

Semua Klip Song Jihyo Di YouTube ‘Running Man’ Raih Lebih 1 Juta Tontonan

Rasanya semua bersetuju apabila dikatakan bahawa Song Ji-hyo merupakan ahli paling popular dalam “Running Man”.

Hal ini dibuktikan apabila hampir kesemua klip ‘Shorts’ yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Running Man’ berjaya mencapai tontonan lebih sejuta. Malah ada yang mencapai lebih dari 4 juta tontonan kini.

Klip itu bukan hanya dari episod yang sama tapi diambil dari beberapa tayangan berlainan lantas membuktikan populariti Song Ji-hyo yang terus bertahan walaupun program itu sudah menjangkau usia 13 tahun.

song jihyo running man

Untuk pengetahuan, “Running Man” merupakan program SBS di mana ahlinya menjemput tetamu pada saban minggu bagi menjalani misi berlainan.

Hebat ah Song Ji-hyo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...