Ikuti Kami:

“Semua Ini Akan Berakhir..” – Suga BTS Akui Sukar Untuk Kekal Relevan Sebagai Penyanyi

“Semua Ini Akan Berakhir..” – Suga BTS Akui Sukar Untuk Kekal Relevan Sebagai Penyanyi

Sudah hampir 10 tahun dalam industri, pasti sukar buat Suga BTS untuk kekal relevan sebagai seorang penyanyi

Baru-baru ini, Suga telah menyiarkan episod kedua rancangannya ‘Suchwita’, menampilkan Shin Dong-yeop sebagai tetamu.

Ketika sedang berbual, Suga turut meluahkan kebimbangannya sebagai seorang pemuzik dengan berkata,

Saya percaya orang yang melakukan muzik harus terus melakukan muzik. Saya suka membuat muzik dan saya mahu melakukannya selama 30 hingga 40 tahun lagi, walaupun saya sudah tua dengan rambut beruban tapi..

suga bts

Sambung ahli BTS itu lagi,

Apabila penyanyi mencapai kemuncak mereka, ianya akan tetap turun tidak kira apa pun. Ia sama untuk semua orang dalam industri muzik. Sukar untuk kekal di tempat yang sama sebaik sahaja anda mencapai ke puncak kerana hidup sebagai seorang penyanyi agak singkat. Saya sering fikir tentang ini dari semasa ke semasa dan ia membuatkan saya fikir tentang kerjaya saya. Oleh itu, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk terus bertahan.

Kemudian, Suga turut mendedahkan bahawa dia tidak boleh berhenti fikir tentang apa yang akan berlaku jika waktu kemuncaknya telah berakhir, dengan menyatakan,

Kini, saya cuba berfikir seperti ‘Baiklah, saya hanya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang’. Tetapi, saya tidak boleh berhenti berfikir ‘Apa yang saya akan lakukan jika ini semua berakhir?’, kerana ia pasti akan berakhir satu hari nanti. Susah untuk mengeluarkan pemikiran ini dari fikiran saya.

Mendengar luahan Suga itu, Shin Dong-yeop sebagai seseorang yang sudah lama berada dalam industri hiburan menasihatinya,

Saya harap awak akan berhenti fikir seperti itu. Suatu hari, masa yang awak tak akan dapat terus melakukan apa yang awak mahu akan tiba. Sehingga waktu itu sampai, awak nikmati saja apa yang awak ingin lakukan dengan peminat sekarang.

Betul tu apa yang Shin Dong-yeop cakap..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...