Ikuti Kami:

“Semua Halang Saya..” – Popular Kini, Min Woohyuk Dedah Sebab Kahwin Awal

“Semua Halang Saya..” – Popular Kini, Min Woohyuk Dedah Sebab Kahwin Awal

Setelah popular dek drama “Doctor Cha”, semakin ramai yang mula mengenali nama pelakon Min Woo-hyuk.

Meskipun baru menempa nama menerusi drama ENA ini, namun lelaki ini sebenarnya sudah senior dalam bidang muzikal dan pernah membintangi beberapa projek seperti “Sandglass” dan “Crash Landing On You”. Drama lain yang pernah disertainya sebagai watak sampingan pula ialah “The Third Charm”, “Love With Flaws” dan lain-lain.

Bagi yang tidak mengetahui, Min Woo-hyuk sebenarnya sudah berkahwin pada tahun 2012 dengan Lee Se-mi iaitu bekas ahli kumpulan idola LPG semasa berusia 30 tahun. Berkenalan ketika sama-sama membintangi muzikal “Anna Karenina”, jelasnya dia tidak mahu melepaskan peluang untuk memperisterikan wanita tersebut,

Orang di sekeliling saya terkejut mengenai berita perkahwinan itu dan menentangnya. Saya sedang berada di kemuncak karier, jadi mereka bertanya kenapa saya nak berkahwin.

min woohyuk

Norma budaya selebriti, tak mengira jantina, kebanyakan dari mereka akan kurang popular apabila bercinta, berkahwin dan mengandung. Apabila imej suami dan isteri ‘kuat’, watak yang ditawarkan akan menjadi terhad. Disebabkan itu, ramai yang cuba menolak perkahwinan sehingga mereka benar-benar stabil.

Dalam pada itu, Min Woo-hyuk memilih untuk berkahwin di usia yang awal dan sudah pun memiliki dua cahaya mata kini.

Semoga berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...