Utama Gossip “Semua Bersubahat” – Netizen Persoal Ahli AOA Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli...

“Semua Bersubahat” – Netizen Persoal Ahli AOA Lain Biarkan Sahaja Jimin Buli Mina Selama 10 Tahun

jimin aoa buli mina

Beberapa hari lepas, dunia K-Pop dikejutkan dengan pengakuan berani bekas ahli AOA iaitu Mi-na mengenai kisahnya yang dibuli selama 10 tahun oleh ketua kumpulan itu. Bukan sahaja dipukul malahan gadis itu sering dilemparkan dengan kata-kata yang kurang enak oleh Ji-min.

Selepas meluahkan segalanya di laman Instagram, Mi-na mendedahkan bahawa Ji-min telah membawa staf syarikat dan juga ahli AOA yang lain untuk berbincang di rumahnya. Namun begitu, gadis itu meluahkan bahawa dia tidak merasakan keikhlasan ketua kumpulan tersebut.

jimin buli mina aoa

Kalau anda nak tahu, kumpulan ini muncul pada tahun 2012 dengan 8 orang ahli namun Yoo-kyung secara rasmi undur diri pada tahun 2016 dan Cho-a pula menarik diri pada tahun berikutnya kerana masalah insomnia dan kemurungan. Selepas itu, Mi-na keluar daripada AOA pada tahun 2019 kerana difahamkan mahu menyambung kariernya sebagai pelakon tetapi perkara sebenar terbongkar akhirnya.

Selepas pendedahan yang mengejutkan ini, Ji-min akhirnya mengundurkan diri daripada dunia seni dan keluar daripada kumpulan AOA. Lantas membuatkan ahli kumpulan berkurang kepada separuh dan hanya tinggal 4 orang ahli sahaja. Oleh sebab itu, ramai orang dalam industri mengatakan bahawa kemungkinan besar kumpulan ini akan dibubarkan tak lama lagi.

jimin aoa buli mina

Tambahan pula ramai peminat melahirkan rasa kecewa apabila mendapat tahu ahli lain hanya mendiamkan diri apabila Mi-na berterusan dibuli sejak daripada awal karier mereka. Walaupun Mi-na mengatakan bahawa dia baik sahaja dengan ahli AOA yang lain tetapi sikap tidak endah mereka itu seperti membenarkan kes buli tersebut terus berlaku.

Malahan Mi-na sepertinya turut kecewa dengan mereka menerusi entri Instagramnya yang terakhir.

Kesemua mata dan telinga yang berada di rumah saya, awak semuanya sama sahaja.

Menjengah pada ruangan komen, netizen rata-ratanya kesal dengan sikap ahli AOA yang lain kerana mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan sepertinya lebih mementingkan karier mereka daripada menyelamatkan Mi-na yang berada dalam kesusahan.

Pemerhati, syarikat, mereka semua adalah sama-sama penjenayah.

 

Jawapannya adalah bubar sahaja. Tak payah beria nak sambung lagi.

 

Apalah yang difikirkan oleh kesemua ahli apabila Ji-min bawa masuk lelaki ke dalam dorm.

 

Kesemua ahli adalah pemerhati sahaja. Malahan Seol-hyun bukan sahaja pergi bercuti dengan Ji-min bahkan cacah tatu persahabatan bersama dengannya. Palsu sangat.

 

Seol-hyun sanggup ‘bunuh’ Mi-na supaya nampak baik di hadapan Ji-min.

Siapa sangka kesudahan AOA macam ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHankook Ilbo
Loading...