Ikuti Kami:

“Semua Akan Berasa Gerun” – 6 Episod Bak Neraka, 5 Sebab Patut Tonton ‘Hellbound’ Di Netflix Kini

“Semua Akan Berasa Gerun” – 6 Episod Bak Neraka, 5 Sebab Patut Tonton ‘Hellbound’ Di Netflix Kini

Sedia untuk memasuki alam lain? Bayangkan apabila masanya sampai, anda bakal dikejar dan dihapuskan oleh makhluk gergasi sebelum dihumban ke neraka. Seram kan?

Alami perasaan seram sejuk tersebut menerusi “Hellbound” yang sudah pun menjejakkan kaki di Netflix hari ini.

Bagi meningkatkan jangkaan anda, kami sempat menyertai sidang media siri berkenaan baru-baru ini. Pastinya anda akan lebih teruja untuk menonton apabila mendengar cerita pengarah Yeon Sang-ho dan barisan pelakon seperti Yoo Ah-in, Kim Hyun-joo, Park Jung-min, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Seoul tunggang-langgang

Asalnya daripada webtoon, Yeon Sang-ho dan penulisnya, Choi Kyu-seok kemudiannya membawa kisah berkenaan ke kaca televisyen menerusi Netflix,

‘Hellbound’ ialah kisah mistik yang berlaku di tengah-tengah Seoul dan ianya membuatkan masyarakat menjadi tunggang-langgang. Dalam situasi yang genting ini, orang ramai mula bertelagah dek perbezaan mereka.

‘Neraka’ jadi tarikan

Seperti tajuknya, perkataan ‘neraka’ walaupun pendek namun menyimpan maksud yang berat dan menakutkan.

Malah Yoo Ah-in sendiri mengakui bahawa dia tertarik untuk menyertai projek ini kerana judul itu,

Tajuknya begitu kuat. Saya pernah melihat ‘neraka’ digunakan dalam karya lain namun sebagai tajuk, ianya sangat besar dan terus.

Bukan itu sahaja, penonton akan disajikan dengan imej malaikat maut dan bidadari yang merupakan elemen utama di dalam siri ini. Ianya cuba digambarkan berdasarkan apa yang disebut dalam sejarah dan imaginasi kita sendiri.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Mengenai imej malaikat maut itu, jelas Yeon Sang-ho,

Saya mahukan penonton berasa takut teramat apabila melihat malaikat maut ini dan memikirkan mengenai neraka apabila bertentang mata dengan mereka. Jadi apabila memikirkan perkataan neraka, ada imej tertentu yang muncul dalam fikiran kita, dan saya mahu memaparkan ia pada malaikat itu, supaya penonton akan terasa.

Lagi pula, malaikat maut ini bergerak dalam kumpulan pada setiap masa. Makin bertambah seram apabila seorang manusia dihentam dan dihapuskan oleh tiga makhlus gergasi sekaligus!

Tak realistik tapi realistik

Dunia yang dipaparkan dalam “Hellbound” mungkin kelihatan asing buat semua namun jika dilihat secara mendalam, berkemungkinan ianya sesuatu yang boleh terjadi dalam dunia nyata.

Jelas Park Jung-min,

Pertama kali membaca webtoon asal, saya melihat babak mistik yang membawa kepada situasi kompleks kemudiannya. Saya berfikir, ‘Bukankah ini sesuatu yang sedang berlaku secara virtual di sekeliling kita?’ Ia adalah realistik buat saya, sangat realistik.

Tambah Won Jin-ah,

Semasa membaca bukunya, saya merasakan bahawa ia merupakan perkara yang realistik berlaku dalam keadaan yang tak realistik dan ia mengejutkan saya.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Watak berbeza dengan tujuan berlainan

Ketika Seoul huru-hara kerana fenomena yang tidak dijangka ini, terdapat pelbagai watak yang memberikan reaksi berbeza buatnya.

Jung Jin-su (Yoo Ah-in)

Salah satunya ialah Jung Jin-su yang mula menyiasat mengenai situasi berkenaan sebelum menyebarkan kefahamannya buat orang ramai,

Jawab Yoo-Ah-in mengenai wataknya,

Dengan situasi menggerunkan yang melanda dunia, Jung Jin-su cepat mencari makna disebaliknya. Dia kemudiannya berdakwah kepada semua supaya menjalani hidup yang baik tanpa melakukan dosa. Meskipun dipanggil sebagai ketua ‘The New Truth’ namun dia tak merasakan bahawa dia ialah ketua kumpulan ajaran sesat. Jung Jin-su merasakan bahawa dia adalah seorang yang lain daripada yang lain, berbeza daripada ketua agama. Dia merasakan seperti dia menyiasat mengenai isu yang berlaku dalam dunia itu.

Min Hye-jin (Kim Hyun-joo)

Watak Min Hye-jin pula ialah bertentangan dengan lelaki itu di mana dia cuba melawan apa yang didakwah oleh ‘The New Truth’. Komen Kim Hyun-joo mengenai wataknya,

Dia merupakan peguam yang melawan ‘The New Truth’ serta kumpulan yang dipanggil ‘The Arrowhead’. Bukan sahaja menghentikan mereka, Min Hye-jin turut cuba membantu individu yang diikat oleh neraka.

Sebagai seorang peguam yang percaya dengan keadilan undang-undang, Kim Hyun-joo menjelaskan bahawa Min Hye-jin terpaksa menentang Jung Jin-su yang mempersoalkan ketelusan institusi itu.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Song So-hyun (Won Jin-ah)

Merupakan isteri Bae Young-jae, watak ini melalui saat yang mengelirukan apabila orang tersayang dipanggil ke neraka. Tambah Won Jin-ah,

Dia merupakan seseorang yang melalui kesedihan yang paling mendalam selain terdesak.

Bae Young-jae (Park Jung-min)

Jelas Park Jung-min, watak Bae Young-jae adalah biasa sahaja. Hanyalah orang biasa yang kerja, hidup, dan menaruhkan semuanya demi keluarga. Jadi apabila salah seorang ahli keluarganya terlibat dengan insiden tidak dijangka ini, dia tiada pilihan namun terpaksa memasuki juga kekalutan ini.

Dia hanyalah ayah dan ketua keluarga yang biasa.

Tapi jangan terpedaya dengan deskripsi ini kerana Yeon Sang-ho mengatakan bahawa watak Bae Young-jae adalah yang paling penting dalam separuh kedua “Hellbound” nanti.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Jin Kyung-hun (Yang Ik-jun)

Sekian lama hidup sebagai detektif, Jin Kyung-hun cuba memahami kejadian ini sebagai kes pembunuhan dan bukannya insiden mistik. Walaubagaimanapun, ianya berubah selepas salah seorang yang dikenalinya terlibat sama, lantas dia cuba melawan figura jahat itu.

Mesej dari ‘Hellbound’

Menurut Yeon Sang-ho, penonton boleh menyaksikan pelbagai gelagat manusia dek watak berbeza yang terdapat di dalamnya.

Saya rasakan mereka semua adalah watak yang boleh dilihat dalam masyarakat, yang memang wujud di sekeliling kita. Dan mereka mempunyai perbezaan kepercayaan dan juga emosi. Saya rasa penonton akan dapat memahami kepercayaan dan perasaan yang dialami mereka berdasarkan sabitan itu. Seronok dapat melihat percanggahan antara pilihan mereka dan ia memberikan kita peluang untuk memikirkan mengenai masyarakat kita, tentang kepercayaan kita.

netflix hellbound

Kredit: Netflix

Baru dengar penjelasan mereka tapi dah terasa debarannya, rasa meremang satu badan!

Sebab itu, anda perlu serbu Netflix dan marathon 6 episod “Hellbound” sekarang juga. Cepat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...