Ikuti Kami:

Semua Ahli VIVIZ, Umji, Eunha & SinB Disahkan Positif COVID-19

Semua Ahli VIVIZ, Umji, Eunha & SinB Disahkan Positif COVID-19

Ketiga-tiga ahli VIVIZ kini telah diuji positif COVID-19.

Pada 3 hari lepas, BPM iaitu agensi bagi VIVIZ, telah mengumumkan bahawa Umji disahkan positif COVID-19, selepas mempunyai kontak rapat dengan salah satu staf yang turut positif. Semalam, Eunha yang juga merupakan ahli kumpulan itu, turut diuji positif. Selepas itu, SinB sekali lagi telah mengambil ujian PCR dan telah disahkan positif COVID-19 pada pagi hari ini. Kini, kesemua ahli VIVIZ telah disahkan positif dan mereka kini sedang menjalani kuarantin secara berasingan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan:

Helo, ini Big Planet Made.

Kami ingin memaklumkan anda bahawa ahli VIVIZ SinB telah didiagnosis dengan COVID-19 selepas mengambil ujian PCR pada 30 Januari. Selepas Eunha disahkan positif COVID-19 pada pagi 30 Januari, SinB menjalani ujian PCR tambahan dan menerima keputusan ujian positif pada pagi 31 Januari.

SinB tidak menunjukkan simptom khusus dan dia akan dirawat secara berasingan.

viviz positif covid

Semoga cepat sembuh Umji, Eunha dan SinB.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...