Ikuti Kami:

Sempena Ulang Tahun, Young K DAY6 Umum Musim Ke-3 Projek ‘Young One’

Sempena Ulang Tahun, Young K DAY6 Umum Musim Ke-3 Projek ‘Young One’

Young K DAY6 kembali dengan musim ke-3 projek lagu cover “YOUNG ONE”!

Dalam teaser penuh emosi yang mengumumkan musim baharu ini, Young K bercakap tentang cita-citanya dan alasannya untuk memulakan projek ini.

Terdapat banyak lagu di dunia ini yang saya ingin nyanyikan. Walaupun ketika saya sedang aktif membuat promosi, saya terus berfikir ‘Ah, saya harap dapat mempersembahkan lagu ini pada masa akan datang’. Alangkah bagusnya jika saya dapat terus melakukannya seperti ini.

Seperti yang diumumkan dalam teaser, Young K akan mengeluarkan sejumlah 12 lagu, satu lagu setiap bulan. Video teaser penuh emosi itu diakhiri dengan Young K bercakap tentang peminatnya.

Saya sangat berterima kasih kepada ‘My Day’ (nama kelab peminat DAY6), yang telah menyokong saya seperti ini, memberikan saya kebahagiaan dan kasih sayang, dan terima kasih kerana memberikan saya keyakinan untuk saya menyanyi. Sila kekal sihat, dan jumpa lagi.

Sementara itu, hari ini juga merupakan hari lahir Young K. Selamat hari lahir Young K!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...