Ikuti Kami:

Sempena Hari Jadi V BTS, Peminat Malaysia Adopsi Harimau Bengal Putih Atas Namanya

Sempena Hari Jadi V BTS, Peminat Malaysia Adopsi Harimau Bengal Putih Atas Namanya

Memandangkan hari ulang tahun V BTS semakin menghampiri, banyak projek yang telah diadakan oleh peminat untuk meraikannya!

V terkenal dengan cintanya kepada harimau, dan dia sering menggunakan emoji harimau untuk menggambarkan dirinya. Diilhamkan olehnya, ‘ARMY’ (nama kelab peminat BTS) di Malaysia telah menganjurkan projek adopsi harimau Bengal putih dari Zoo Negara Malaysia, dengan menyediakannya makanan tahunan, pembersihan dan penjagaan veterinar.

Harimau Bengal diklasifikasikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN), dan projek bermakna ini akan membantu ke arah pemeliharaannya. Zoo Negara diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bertahan, terutamanya melalui sumbangan dan tajaan daripada individu, sekolah dan syarikat korporat.

Bagus juga projek macam ni, dapat selamatkan haiwan terancam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...