Ikuti Kami:

Seminggu Selepas Positif COVID-19, Agensi Update Keadaan Kim Wonhae Di Pusat Kuarantin Hospital

Seminggu Selepas Positif COVID-19, Agensi Update Keadaan Kim Wonhae Di Pusat Kuarantin Hospital

Mengejutkan apabila minggu lepas, seorang pelakon popular iaitu Kim Won-hae telah disahkan positif COVID-19. Hal ini kerana lelaki ini mempunyai kontak rapat dengan seorang pelakon teater sama dengannya yang disahkan positif virus tersebut beberapa hari sebelumnya.

Sudah pun dimasukkan ke wad khas, agensi naungannya iaitu Double SG Company telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan pelakon itu kini.

Sekarang ini, pelakon itu sedang dirawat di pusat kuarantin di hospital dan keadaannya adalah baik.

Pengurus pelakon itu disahkan negatif COVID-19 dan dia akan melalui sekali lagi pemeriksaan selepas 2 minggu tempoh kuarantin diri. Kami juga telah menyahinfeksikan seluruh kenderaan syarikat dan juga bilik pejabat. Malah kesemua staf diminta bekerja daripada rumah.

Kami ingin memohon maaf kerana merisaukan ramai orang selain berjanji akan cuba yang terbaik supaya Kim Won-hae akan sembuh sepenuhnya. Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada pegawai perubatan dan semua kakitangan di Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan kerana mengerah tenaga mereka ketika gelombang haba ini.

kim wonhae positif covid-19

Semoga Kim Won-hae cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...