Ikuti Kami:

Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini, Karier Seo Yeji Dijangka Sukar ‘Hidup’ Semula?

Seminggu Diam Lepas Hadapi 4 Kontroversi Ini, Karier Seo Yeji Dijangka Sukar ‘Hidup’ Semula?

Sepanjang minggu lepas, memang kecoh mengenai kisah ‘perangai’ Seo Ye-ji yang digembar-gemburkan oleh media selepas pendedahan wanita itu ‘mengawal’ Kim Jung-hyun mengenai interaksinya bersama pelakon dan staf wanita lain semasa menjadi teman wanitanya.

kim junghyun dan seo yeji
Artikel Berkaitan

Semakin tidak terkawal apabila terdapat tuduhan mengatakan Seo Ye-ji turut mengawal pergerakan bekas teman lelakinya, U-Know Yunho (TVXQ) semasa mereka sama-sama membintangi drama “The Night’s Watchman”.

Latar belakang pendidikan yang mencurigakan

Bukan itu sahaja, latar belakang pendidikan pelakon yang popular dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” itu turut menjadi perdebatan ramai. Sering menceritakan pengalamannya belajar bahasa Sepanyol di universiti terkenal di Madrid, Seo Ye-ji didakwa menipu apabila agensinya mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon itu ada menerima tawaran institusi berkenaan namun terpaksa melepaskannya kerana memulakan karier lakonan di Korea.

Pandang rendah pada staf

Tak cukup dengan itu, beberapa individu telah tampil dan berkongsi cerita mengenai ‘keburukan’ pelakon cantik itu. Kata mereka, dia sering memandang rendah terhadap staf yang bekerja dengannya selain turut didakwa memeras wang daripada rakannya untuk digunakan di Madrid.

kontroversi seo yeji

Pembuli di sekolah

Malah kes keganasan di sekolah melibatkan wanita itu turut diperkatakan kembali meskipun ianya hanya berbangkit sekejap pada tahun 2014. Ramai juga yang mula menyebarkan semula foto Seo Ye-ji semasa di sekolah dan menuduh dia menjalani pelbagai pembedahan kosmetik meskipun khabar angin itu ditolak beberapa tahun yang lalu.

Semakin hari, semakin banyak dakwaan yang timbul mengenai Seo Ye-ji sehingga membuatkan ramai yang terus memboikotnya. Bahkan banyak agensi pengiklanan yang dilihat memadam gambar promosi wanita itu bersama produk mereka. Tambahan, drama fantasi “Island” dikhabarkan turut melepaskan Seo Ye-ji daripada membawa peranan utama dan kini sedang mencari heroin baru.

BACA: Terpalit Pelbagai Kontroversi, Banyak Jenama Besar Padam Iklan Bersama Seo Yeji

kontroversi seo yeji

Seminggu kunci mulut

Lebih seminggu namanya disebut media dengan pelbagai spekulasi, namun Seo Ye-ji dilihat lebih senang mendiamkan diri dan membiarkan khabar angin ini berlalu dengan sendirinya. Menurut pakar dalam industri, pelakon wanita ini seharusnya mengeluarkan kenyataan secepat mungkin sekiranya dia benar-benar tidak bersalah bagi membersihkan imejnya. Malah mereka menebak bahawa agak sukar wanita ini untuk kembali menyambung kariernya dengan pertuduhan yang banyak tersebut dalam masa terdekat.

Semakin lama Seo Ye-ji mendiamkan diri, semakin kuat telahan ramai mengenai sikap buruknya. Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...