Ikuti Kami:

“Semanis Dalgona” – Wi Hajoon Tersenarai Sebagai Antara ‘Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2021’

“Semanis Dalgona” – Wi Hajoon Tersenarai Sebagai Antara ‘Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2021’

Meskipun sudah membawa pelbagai watak dalam dunia K-Drama, namun nama Wi Ha-joon meniti di bibir ramai orang terutamanya wanita selepas kemunculannya dalam “Squid Game”.

Berlakon sebagai pegawai polis Hwang Jun-ho, lelaki itu nampak maskulin dan ‘tough’ apabila cuba menyelongkar rahsia disebalik permainan survival yang meragut nyawa itu.

Jadi, tak hairanlah mengapa majalah ‘People’s’ yang bertapak di Amerika Syarikat menamakan lelaki itu sebagai antara ‘Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2021’ (‘Sexiest Men Alive 2021’).

wi hajoon people's

Antara nama lain yang tersenarai ialah Lucas Bravo (“Emily Goes to Paris”, William Jackson Harper of (“Love Life”), William Javka of (“Cobra Kai”), Scott Speedman of (“Grey’s Anatomy”) dan lain-lain. Tempat pertama pula dipegang kemas oleh lelaki berusia 52 tahun dan popular sebagai “Ant Man” iaitu Paul Rudd.

Wi Ha-joon semanis dalgona tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...