Ikuti Kami:

Semakin Kelakar! Rating Running Man Menunjukkan Peningkatan Yang Baik

Semakin Kelakar! Rating Running Man Menunjukkan Peningkatan Yang Baik

Semakin lama semakin kelakar pula rancangan “Running Man” ini! Walaupun sudah hampir menjangkau usia 10 tahun, idea pihak produksi masih lagi tak kering bagi nak kenakan ahli rancangan itu pada setiap minggu. Ahli “Running Man” pula memang dah ‘masuk air’! Semakin mereka melayan idea gila produksi, semakin huru-hara episod itu.

Tapi ternyata idea ‘gila’ mereka itu membawa hasil yang menguntungkan kerana rating rancangan hiburan itu semakin menaik sejak kebelakangan ini. Untuk episod yang ditayangkan pada 17 November baru-baru ini, “Running Man” telah mencatatkan rating sebanyak 8.3% dan rating tertinggi per minit berjaya melepasi 10% untuk 5 minggu berturut-turut! Wow!

running man

Reaksi yang diberikan oleh penonton juga adalah sangat ‘panas’! Terutamanya untuk episod istimewa “House-Joker’s House With No Exit” yang ke udara pada 10 Oktober lepas. Banyak betul karakter kelakar yang memunculkan diri semasa cabaran ‘Jangan Ketawa’ sehingga bukan sahaja menyebabkan ahli “Running Man” ketawa bahkan turut menggeletek hati penonton! Punyalah episod ini memberi penangan hebat sehinggakan jumlah tontonan untuk klip video itu telah mencecah lebih 2 juta di saluran media sosial.

 

View this post on Instagram

 

ㆍ 역대급 찍었던 ‘출구 없는 하우스

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...