Ikuti Kami:

Semakin ‘Daring’ & Panas, Kenapa K-Drama Kini Kerap Tayang Babak Ranjang?

Semakin ‘Daring’ & Panas, Kenapa K-Drama Kini Kerap Tayang Babak Ranjang?

K-Drama yang sekarang, bukanlah seperti dahulu. Rasanya ramai yang perasan kan perubahan ketara itu?

Semakin berani

Bagi yang dah biasa menonton, drama Korea kini semakin ‘daring’ dan tidak kisah menayangkan babak ranjang termasuklah menayangkan bahagian badan peribadi termasuklah wanita dan juga lelaki.

Antara drama yang tampil berani dan memaparkan babak sedemikian ialah “Somebody”, “Narco-Saints”, “Hit The Spot”, “My Name”, “Squid Game” dan banyak lagi. Malah pelakon terkenal seperti Han So-hee, Kim Young-kwang, Ahn Bo-hyun, Hani EXID juga seperti selesa untuk membawa watak sebegitu.

my name bed scene

Penekanan plot

Tapi kenapa agaknya baru kini, arena K-Drama berani untuk memaparkan babak ‘panas’ walaupun filem keluaran negara itu sudah lama menyelitkan eleman berkenaan.

Pengarah “My Name”, Kim Jin-min dan pengarah “Money Heist Korea – Joint Economic Area”, iaitu Kim Hong-sun menjelaskan bahawa mereka berkeras untuk memaparkan babak sebegitu kerana ianya penting untuk memperjelaskan hubungan dan emosi kompleks antara watak.

Pelakon selesa atau tak?

Walau bagaimanapun, adakah pelakon popular tak kisah untuk membawakan watak yang memerlukan mereka berlakon babak ranjang? Menurut Hani EXID, dia seronok membawa watak sebagai seorang yang kurang arif mengenai seks di dalam drama “Hit The Spot”,

Ianya pertama kali merakamkan babak ranjang namun saya merasakan ia sangat menarik. Saya ada berasa terbeban. Ianya merupakan kali pertama dan saya berasa takut dengan hanya mendengar perkataan ‘babak ranjang’. Pun begitu, saya menerima bantuan yang besar dari jurulatih tarian yang banyak membantu saya untuk babak itu.

fantasy spot bed scene

Tetapi ada ketika di mana para pelakon sepertinya meluahkan perasaan bahawa mereka diminta melakonkan babak itu tanpa notis awal dan hanya mengetahuinya semasa di set penggambaran. Ulas Han So-hee ketika mempromosikan drama “My Name”,

Saya hanya mengetahui mengenai babak itu semasa sudah memulakan penggambaran.

Pun begitu, pelakon itu kembali menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai hal berkenaan selepas pengarah siri itu menerima kecaman ramai.

Lain dah K-Drama sekarang..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...