Tak kisah lah di peringkat usia apa pun, kecantikan Song Ji-hyo tetap menjadi pujaan ramai.

Terbaru, pelakon wanita itu telah mampir ke Jakarta bagi menghadiri perjumpaan peminat anjuran jenama kecantikan Glutanex dan Watsons Indonesia.
Bakal berlangsung esok, Song Ji-hyo sempat melawat pejabat Watsons di Jakarta hari ini bagi beramah mesra bersama kakitangan dan bercerita lebih mengenai dirinya kini.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian semua ialah imej terbaru ahli “Running Man” tersebut kelihatan berlainan dari sebelum ini. Dengan rambut yang semakin panjang, Song Ji-hyo kini sudah dapat mengikat rambutnya dan tampil dengan gaya comel ketika lawatannya itu.
/hyemin_makeup_ IG post
Visuals and cuteness overload!
🔗https://t.co/dY4zIO5ypw
SONGJIHYO FANCON IN JAKARTA#GLOWithJihyo #SONGJIHYOinJAKARTA #JihyoXGlutanex #SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/RHZHV7uDNl— songtoma D-1 SJH FANCON (@yeppojihyo) May 26, 2023
Rata-rata peminat mengatakan bahawa pelakon tersebut semakin kelihatan comel dan muda apabila menggayakan stail rambut sebegitu.
Comel kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉