Ikuti Kami:

Selongkar Dunia Hos ‘Home Shopping’, Kim Haneul Dilamar Terajui ‘Kill Heel’

Selongkar Dunia Hos ‘Home Shopping’, Kim Haneul Dilamar Terajui ‘Kill Heel’

Rindu semakin menebal sebab dah lama tak nampak Kim Ha-neul selepas “18 Again” tamat kan?

Khabarnya, wanita itu mungkin akan melakukan comeback dalam drama “Kill Heel” tak lama lagi. Malah berita itu turut disahkan oleh agensinya,

Dia sedang meneliti tawaran itu dengan positif. Tiada apa yang ditentukan lagi dan kami masih berbincang mengenainya.

“Kill Heel” ialah sebuah drama mengenai ketegangan dunia beli-belah di rumah. Ianya akan memaparkan wanita meneruskan hidup dalam dunia yang penuh persaingan dan kuasa melibatkan hos program dengan personaliti berbagai.

kim haneul

Kim Ha-neul dilamar untuk membawa watak Woo Hyun, hos di saluran beli-belah fesyen. Dia mempunyai rekod prestasi yang baik kerana imejnya yang peramah namun dia mulai risau dengan situasinya yang mula mendatar.

Kini, drama itu dalam perbincangan untuk ditayangkan di tvN. Akan memulakan penggambaran secepat mungkin selepas barisan pelakonnya disahkan, ianya mungkin ditayangkan pada tahun hadapan.

Macam best kan plot?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...