Ikuti Kami:

Selesaikan Menerusi Undang-Undang, Heechul Dedah IU Adalah Ikon Lawan Komen Negatif Tanpa Belas Kasihan

Selesaikan Menerusi Undang-Undang, Heechul Dedah IU Adalah Ikon Lawan Komen Negatif Tanpa Belas Kasihan

Seperti yang semua sedia maklum, selebriti Korea sering diserang dengan komen negatif hampir saban hari oleh netizen. Walaupun komen berunsur positif ataupun membina juga banyak yang ditinggalkan tetapi kata-kata jahat juga tanpa segan ditinggalkan oleh segelintir pengguna laman komuniti yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggakan banyak kes kematian melibatkan beberapa selebriti Korea yang tidak tahan dengan tohmahan yang dilemparkan setiap hari sehingga menyebabkan mereka tertekan dan mengalami kemurungan.

Dalam rancangan bual bicara “Love Of 7.7 Billion” di bawah saluran JTBC, Heechul daripada kumpulan Super Junior yang juga merupakan salah seorang pengacara program itu mendedahkan bahawa syarikat naungannya iaitu SM Entertainment ada menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kesihatan mental artis mereka.

heechul puji iu

Pun begitu, Heechul menjelaskan walaupun dengan bantuan seperti ini kadang-kadang ianya tidak cukup. Ini kerana kebanyakan individu walaupun menerima satu komen negatif sahaja, semua kata-kata positif lain yang diterima akan dilupakan begitu sahaja.

Oleh sebab itu, ahli Super Junior ini memuji pelakon dan juga penyanyi IU kerana ketegasannya semasa berurusan dengan individu yang meninggalkan komen berunsur jahat. Tambahnya lagi, wanita itu tetap berjaya meneruskan kariernya meskipun diselubungi dengan pelbagai khabar angin buruk semasa awal penglibatannya dalam karier seni.

iu saman komen negatif tanpa belas kasihan

IU langsung tak mengalah dan pasti akan menguruskan kesemua individu yang meninggalkan komen buruk menerusi jalan undang-undang. Pesalah selalunya akan menceritakan kisah sedih mereka malahan ada yang menyalahkan dia sebagai punca tekanan mereka. Namun begitu, IU tak berlembut dan meneruskan juga dengan tindakan saman lantas membuatkan dia berjaya melawan semua pembuli maya ini dan bertahan sehingga kini.

Kalau takut kena saman, janganlah tinggalkan komen negatif!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...