Ikuti Kami:

Selepas Sebulan Jalani Rawatan, Kim Wonhae Disahkan Pulih Daripada COVID-19

Selepas Sebulan Jalani Rawatan, Kim Wonhae Disahkan Pulih Daripada COVID-19

Pasti ramai yang gembira apabila mendengar berita bahawa pelakon Kim Won-hae sudah pun disahkan negatif CCOVID-19 selepas hampir sebulan berperang dengan jangkitan tersebut.

Menurut sumber, pelakon popular itu discaj daripada pusat kuarantin pada awal September lalu dan menjalani pengasingan sendiri selama 2 minggu sebelum kembali menjalani pemeriksaan COVID-19 baru-baru ini. Daripada ujian tersebut, disahkan bahawa Kim Won-hae sudah bebas daripada virus tersebut selepas keputusan dikeluarkan pada hari ini (22 September).

kim wonhae bebas covid-19

Walaupun diklasifikasikan sebagai pesakit dengan simptom kecil, agensinya menegaskan bahawa dia akan terus menjaga kesihatannya buat sementara waktu ini.

Meskipun Kim Won-hae hanya mengalami simptom ringan namun disebabkan pelbagai kesan negatif COVID-19, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memantau kondisi kesihatannya selain menyediakan penjagaan yang terbaik. Ini bagi memastikan dia dapat meneruskan kerjanya dalam pelbagai projek nanti.

Hampir sebulan berehat, Kim Won-hae dikhabarkan akan mula menyertai penggambaran drama yang tertangguh antaranya “Day And Night” dan “Start-Up”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...