Ikuti Kami:

Selepas Runsingkan Penonton Dengan Pelbagai Plot Twist, ‘365: Repeat The Year’ Tamat Dengan Ending Bahagia!

Selepas Runsingkan Penonton Dengan Pelbagai Plot Twist, ‘365: Repeat The Year’ Tamat Dengan Ending Bahagia!

Selepas berminggu-minggu bermain dengan perasaan penonton sehingga membuatkan ramai yang tidak dapat tidur lena, drama “365: Repeat The Year” yang ditayangkan menerusi saluran MBC kini telah melabuhkan tirainya!

Sinopsis pendek

10 orang individu yang mengimpikan kehidupan sempurna telah diberi peluang untuk kembali semula ke setahun yang lepas. Mereka dibenarkan untuk mengubah takdir kehidupan mereka pada ketika itu tetapi satu perkara misteri telah berlaku dan menggugat nyawa setiap daripada individu tersebut.

episod akhir 365: repeat the year

Kesudahan yang dinantikan

[Amaran SPOILER]

Sampailah masuk ke episod ke-12, semua penonton masih lagi berteka-teki siapakah dalang di sebalik rancangan ‘reset’ ini sehingga menyebabkan ramai pemainnya serta orang di sekeliling mereka terkorban. Bahkan semua penonton memohon agar Ga-hyun dan Hyung-joo bakal mengecapi bahagia selepas melalui pelbagai emosi yang berbolak-balik.

Punyalah mendebarkan sampaikan satu tahap Ga-hyun malahan penonton sendiri mengesyaki bahawa Hyung-joo adalah pembunuhnya. Tetapi plot twist demi plot twist membongkarkan pelbagai rahsia hitam di antara kesemua pemain tersebut dengan orang yang rapat dengan mereka. Bayangkan Hyung-joo akhirnya sedar bahawa Sun-ho yang merupakan rakan detektif yang paling rapat dengan adalah seorang yang jahat.

Pada episod akhir ini, watak Profesor Hwang tak semena-mena muncul dan segala kisah yang berselirat kini mula terlerai. Sebelum sempat lelaki tua itu meneruskan niat jahatnya, Ga-hyun telah mengubah takdir yang sepatutnya berlaku dan telah ditikam oleh Sun-ho di mana Hyung-joo yang sepatutnya menjadi mangsa.

episod akhir 365: repeat the year

Kemudiannya, lelaki tersebut yang meratapi pemergian wanita yang disukainya telah menggunakan peluang untuk ‘reset’ dan kembali ke setahun lepas. Walaupun mereka kembali ke masa mereka masih tidak mengenali masing-masing tetapi mereka tetap berjumpa dan memulakan pengenalan ke arah masa depan yang harapnya bahagia.

Seperti biasa, lakonan Lee Jun-hyeok dan Nam Ji-hyun memang tak perlu dipertikaikan lagi. Mantap habis! Plot yang memeningkan ini pun berjaya membuatkan penonton melekat depan televisyen sehingga drama ini tamat.

episod akhir 365: repeat the year

Semua penonton setia dah boleh tidur nyenyak selepas ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...