Selepas album ‘EASY’ yang dikeluarkan pada Februari lalu, LE SSERAFIM akhirnya kembali dengan album baru ‘CRAZY’!
Baru-baru ini, LE SSERAFIM telah membuat kemunculan semula dengan album baru ‘CRAZY’, menampilkan judul lagu dengan nama yang sama.
Walaupun muzik video untuk lagu itu telah menerima sambutan hangat dengan meraih 15 juta tontonan dalam masa sehari, jualan album fizikal nampaknya telah menunjukkan penurunan mendadak dari sebelum ini.
[HT] #LE_SSERAFIM (@le_sserafim) 1st Day Sales
UNFORGIVEN ㅡ 1,024,034
EASY ㅡ 783,358
ANTIFRAGILE — 408,833
CRAZY ㅡ 195,264 🆕️
FEARLESS — 176,861— KOREAN SALES (@koreansales_twt) August 30, 2024
Khususnya, kumpulan 5 ahli itu telah meraih jualan paling banyak mencecah 1 juta untuk album ‘UNFORGIVEN’ pada hari pertama, diikuti dengan album mereka sebelum ini iaitu ‘EASY’ dengan hampir 800 ribu pesanan.
Bagaimanapun, album terbaru mereka ‘CRAZY ‘ hanya mencatat jualan sebanyak 195,264 untuk hari pertama, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dengan penurunan yang ketara.
Meskipun ada yang membuat spekulasi bahawa penurunan ini mungkin disebabkan isu teknikal dalam laman Hanteo, iaitu carta yang merekodkan jualan album namun, ada yang mendakwa persembahan mereka di Coachella sebelum ini mungkin membuatkan mereka hilang peminat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.