Selepas membawa wawatak yang comel dalam “Mr. Queen” baru-baru ini, Yoo Young-jae (B.A.P) disahkan akan berlakon dalam sebuah drama baru tak lama lagi.
Menurut agensi lelaki itu, dia akan berlakon sebagai pelajar dalam drama “Police Academy” di saluran KBS.
Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah anak muda yang mengejar impian meraka dan menjumpai cinta di sebuah akademi polis. Watak yang akan dibawa Yoo Young-jae ialah Jo Joon-wook, seorang pelajar baru yang comel, ceria dan pandai berjenaka dan baru sahaja pulang ke Korea selepas belajar di luar negara.
Selain daripadanya, Krystal (f(x)), Jin-young (B1A4), Cha Tae-hyun dan Lee Jong-hyuk juga sedang dalam perbincangan untuk membintangi drama ini.
Dikhabarkan “Police Academy” akan menemui penonton pada separuh kedua 2021.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.