Selepas meninggalkan impak yang hebat pada penghujung tahun 2020, nampaknya Kim Seon-ho bakal terus mencipta fenomena untuk tahun ini juga.
Daripada seseorang yang tidak dikenali ramai, pelakon lelaki itu kini menghiasi kaca televisyen hampir saban hari dek tanggungjawabnya sebagai duta bagi beberapa jenama terkenal.
Terbaru, Kim Seon-ho disahkan menjadi ‘wajah’ baru untuk jenama pizza popular iaitu ‘Domino’s’. Seriuslah?!
피자 너 많이 커따…
서노랑 투샷도 찍고ㅠㅠ#표정천재 #피자가부러우면병인거맞죠#김선호 #KimSeonHo #도미노피자 pic.twitter.com/Pqa6jTxSwH— 도미노피자 (@dominostory) February 25, 2021
Kalau anda nak tahu, biasanya pelakon terkenal sahaja yang akan mendapat tawaran ini. Antara daripada duta sebelumnya ialah Song Joong-ki, Lee Min-ho, Park Bo-gum dan Park Seo-joon.
Dahsyat kan penangan Kim Seon-ho?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.