Ikuti Kami:

Selepas Lee Byunghun & Kwon Sangwoo, Kim Taehee Turut Dituduh Elak Bayar Cukai

Selepas Lee Byunghun & Kwon Sangwoo, Kim Taehee Turut Dituduh Elak Bayar Cukai

Baru-baru ini, ramai selebriti yang dinamakan sebagai antara pesalah yang mengalami salah laku berkaitan cukai.

Terbaru, Kim Tae-hee dilaporkan telah menjalani audit tegas mengenai pendapatan pada 2022. Selepas itu, dikatakan bahawa dia perlu membayar cukai dalam angka yang banyak hingga lebih 100 juta won (RM340,000).

Selepas berita ini berterbangan, lapor agensinya,

Selama bertahun-tahun, Kim Tae-hee telah membayar dan menfailkan cukai secara jujur. Pada tahun ini, Kim Tae-hee mengikuti secara telus peraturan yang diatur oleh Perkhidmatan Cukai Kebangsaan dan membayar mengikut apa yang diperlukan.

kim taehee

Jelas mereka lagi, hal ini terjadi kerana pertukaran dari agensi lama ke agensi baru ini. Disebabkan itu, terdapat sedikit konflik berkaitan dengan bayaran pengiklanan kerana ia dianggap sebagai satu-satunya pendapatan tetap Kim Tae-hee.

Mereka menutup kenyataan itu,

Kami ingin menegaskan bahawa tiada aktiviti tidak telus yang berlaku semasa sesi audit. Cuma Kim Tae-hee diminta membayar kos tambahan di mana dia mengikutnya dengan jujur.

Dalam pada itu, nama lain yang turut disebut cuba mengelak membayar cukai ialah Lee Byung-hun dan Kwon Sang-woo namun mereka sudah menjelaskan bahawa ianya tidak benar.

Salah faham je..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...