Ikuti Kami:

Selepas Keluar Penjara, Seungri Dikhabarkan Pergi Bercuti Di Thailand Bersama Seseorang?

Selepas Keluar Penjara, Seungri Dikhabarkan Pergi Bercuti Di Thailand Bersama Seseorang?

Betul ke bekas ahli kumpulan BIGBANG iaitu Seung-ri dan Yu Hye-won pergi bercuti di Bangkok, Thailand?

Terbaru, Dispatch telah mengeluarkan laporan mengenai Seung-ri yang baru sahaja keluar dari penjara pada Februari yang lalu.

Menurut laporan itu, penyanyi tersebut dilihat sedang bercuti bersama seorang pempengaruh iaitu Yu Hye-won pada awal bulan Mac lalu di sebuah hotel mewah yang terletak di Bangkok, Thailand.

Kemudian, Dispatch berkata bahawa mereka berdua dilihat sedang berjalan di sekitar hotel itu sambil berpegangan tangan.

seungri dan yu hyewon

Untuk mengesahkan maklumat tersebut, Dispatch menelefon pihak hotel untuk memeriksa sama ada benar Seung-ri telah menginap di sana pada 5 Mac yang lalu. 

Setelah pihak hotel mengesahkan bahawa Lee Seung-hyun iaitu nama sebenar Seung-ri telah menginap di hotel pada 5 Mac yang lalu, Dispatch terus bertanyakan kepada Yu Hye-won menerusi akaun Instagram untuk mendapatkan kepastian.

seungri yu hyewon

Yu Hye-won membalas,

Saya pergi ke Thailand untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jadi, beberapa rakan saya menemani saya ke Thailand.

Untuk pengetahuan korang, Seung-ri dan Yu Hye-won juga pernah dikhabarkan mempunyai hubungan rapat pada tahun 2018 sehingga 2020.

Ermm tak tahu la nak cakap apa…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...