Ikuti Kami:

Selepas Kejayaan ‘Weak Hero Class 1’, Park Jihoon Dilamar Terajui ‘Bastard’

Selepas Kejayaan ‘Weak Hero Class 1’, Park Jihoon Dilamar Terajui ‘Bastard’

Selepas berjaya membawa watak mangsa buli dalam drama “Weak Hero Class”, sepertinya peluang lakonan buat Park Ji-hoon semakin terbuka luas kini.

Terbaru, idola tersebut dilaporkan bakal menerajui drama adaptasi webtoon bertajuk “Bastard”. Ianya membawa kisah seorang pelajar sekolah menengah Seon Woo-jin yang tinggal bersama ayahnya yang psiko. Apabila orang tua itu memilih mangsa seterusnya untuk dibunuh di sekolah yang dihadirinya, lelaki berkenaan mula melindungi pelajar perempuan tersebut dari niat jahat ayahnya.

park jihoon

Respon agensinya,

‘Bastard’ adalah antara beberapa naskhah yang sedang ditelitinya.

Malah pemilihan pelakon untuk siri itu telah disahkan oleh ramai wakil dalam industri dan wakil webtoon.

Dalam pada itu, pelakon Roh Yoon-seo turut menerima tawaran untuk menjadi gandingan pelakon Park Ji-hoon di dalam drama itu.

Agak-agak Park Ji-hoon terima tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...