Selepas Cha Eun-woo, nampaknya Hwang In-yeop pula akan menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi drama “True Beauty”.
Drama ini membawa kisah Im Joo-kyung (Moon Ga-young) yang berasa sangat tidak yakin dengan penampilannya lantas menggunakan bantuan solekan untuk kelihatan cantik di mata dunia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Lee Su-ho (Cha Eun-woo) iaitu seorang lelaki yang menyimpan luka jauh di lubuk hatinya. Bersama, mereka mengubah diri dan berkembang dengan berkongsi rahsia antara satu sama lain.
Walaupun belum ada sebarang lanjut yang dikongsikan mengenai lagu ini namun khabarnya ia akan menemui peminat pada 5 Februari nanti.
Tak sabar nak dengan suara Hwang In-yeop!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.