Ikuti Kami:

Selepas Bertarung Dengan Kanser, Kim Woobin Dikhabarkan Bakal Kembali Ke Dunia Lakonan!

Selepas Bertarung Dengan Kanser, Kim Woobin Dikhabarkan Bakal Kembali Ke Dunia Lakonan!

Kalau anda ingat, pelakon Kim Woobin telah disahkan menghidap sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017 dahulu. Tetapi lelaki itu bernasib baik kerana ketumbuhannya itu dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih serius.

Lelaki ini mula popular menerusi drama “The Heir” kerana wataknya sebagai lelaki ‘cool’ iaitu Choi Youngdo. Selepas berita yang mengejutkan umum itu, Kim Woobin mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu kerana mahu memberikan fokus terhadap penyembuhan penyakit kansernya tersebut.

selepas bertarung dengan kanser, kim woobin bakal kembali ke dunia lakonan

Berita gembira! Menurut laporan, pelakon itu yang kian sihat dikatakan bakal kembali ke layar perak tidak lama lagi. Dia dikatakan akan menerajui sebuah filem bersama pelakon hebat lain iaitu Ryu Junyeol, Kim Taeri dan ramai lagi.

Rata-rata peminat melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat pelakon lelaki itu kembali beraksi di kaca televisyen. Walaupun merinduinya, kebanyakan peminat juga mahu Kim Woobin sembuh sepenuhnya sebelum mula aktif dalam dunia lakonan.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...