Ikuti Kami:

Selepas Berita Perkahwinan, Rumah Kelamin So Jisub Bernilai RM21 Juta Jadi Perhatian Ramai

Selepas Berita Perkahwinan, Rumah Kelamin So Jisub Bernilai RM21 Juta Jadi Perhatian Ramai

Ramai yang nyata terkejut apabila pelakon popular iaitu So Jisub telah mengumumkan perkahwinannya kelmarin bersama kekasih yang muda 17 tahun daripadanya iaitu Cho Eunjung iaitu seorang bekas penyiar.

Meskipun baru sahaja bercinta selama dua tahun lebih, pasangan tersebut telah mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat yang lebih serius. Dikhabarkan bahawa mereka hanya mendaftarkan perkahwinan itu secara rasmi dan tidak mengadakan majlis perkahwinan. Sebelum ini pun, So Jisub dan Cho Eunjung memang mengimpikan perkahwinan yang sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Bahkan, pasangan itu lebih rela mendermakan wang kepada kanak-kanak yang memerlukan gajet elektronik untuk membantu mereka dalam pelajaran daripada mengadakan majlis besar-besaran.

Oleh kerana berita perkahwinan mereka yang diumumkan secara tiba-tiba ini, ramai yang buka cerita kembali mengenai urusan jual beli hartanah yang telah dilakukan oleh So Jisub pada Jun tahun lepas. Bukan ‘kaleng-kaleng’ tahu kawasan yang dipilihnya!

rumah kelamin so jisub

Pelakon kacak tersebut telah membeli sebuah kediaman di Hannam The Hill yang terletak di Hannam-dong, Seoul pada harga 6.1 billion won (RM21.3 juta) secara tunai. Ramai yang ‘speku’ So Jisub membeli villa tersebut sebagai persiapan untuk perkahwinan bersama kekasihnya, Cho Eunjung.

Kalau anda nak tahu, wanita cantik ini juga telah bersara sebagai seorang penyiar, berkemungkinan besar kerana akan keluar daripada dunia selebriti untuk mengelak perhatian ramai selepas mereka berkahwin nanti.

Seronoknya dapat duduk dalam rumah besar macam tu!

Sumber: SPOTVNEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...