Mesti peminat dah lama nantikan kemunculan semula pelakon Ahn Jae-hyun dalam program popular “New Journey To The West”. Selepas berpisah dengan Gu Hye-sun, lelaki itu telah membuat keputusan untuk tidak menyertai musim ke-7 rancangan tersebut kerana merasakan bahawa tidak manis untuknya membuat lawak sedangkan dia dalam proses penceraian.
Pun begitu, harapan peminat untuk melihat pelakon itu kembali menghiasi “New Journey To The West” musim ke-8 juga tidak kesampaian selepas diumumkan bahawa Ahn Jae-hyun menolak untuk muncul di dalamnya.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak produksi “New Journey To The West”,
Kami sudah pun berbincang dengan pihak Ahn Jae-hyun dan diputuskan bahawa dia tidak akan menyertai kami untuk musim kali ini. Kesemua ahli musim ke-7 akan menyertai kami untuk musim seterusnya.
Ini bermakna musim ke-8 ini bakal menampilkan Kang Ho-dong, Lee Su-geun, Eun Ji-won (SECHKIES), Kyu-hyun (Super Junior), Song Mi-no (WINNER) dan P.O (Block B) sebagai ahli kekal.
Kalau anda nak tahu, dek operasi prosedur standard (SOP) kini, musim terbaru “New Journey To The West” hanya akan melakukan penggambaran di Korea. Meskipun penggambaran sepatutnya bermula pada Ogos lepas, namun jadual asal itu terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang kian memburuk di Korea.
Mungkin Ahn Jae-hyun masih perlukan masa untuk berehat dan mengembalikan tenaganya selepas kes penceraian yang berlangsung hampir setahun lamanya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.