Ikuti Kami:

Selepas 7 Bulan, Gary & Haoh Ucapkan Selamat Tinggal Pada ‘Superman Returns’

Selepas 7 Bulan, Gary & Haoh Ucapkan Selamat Tinggal Pada ‘Superman Returns’

Setiap permulaan pasti ada penghujungnya, sama dengan kemunculan Kang Gary dan anaknya Ha-oh dalam program “Superman Returns”.

Tanpa sebarang notis, Gary secara tiba-tiba memberitahu anaknya bahawa ini adalah rakaman terkahir mereka untuk program tersebut dalam tayangan episod baru-baru ini. Ha-oh nyata terpinga-pinga mendengarkan penjelasan ayahnya itu.

Kanak-kanak itu mula menangis apabila mengenangkan bahawa dia tidak berjumpa lagi dengan kesemua kru produksi yang sudah sekian lama merakamkan kehidupan mereka selama 7 bulan lamanya selepas ini.

haoh dan gary

Pun begitu, Gary memujuk dan menjelaskan bahawa mereka boleh berjumpa lagi dengan kesemua kru di luar. Ha-oh juga meminta mereka selalu melawat mereka di rumah.

Beritahu mereka untuk selalu datang ke rumah kita.

Untuk rakaman terakhir itu, Gary telah menyediakan pelbagai permainan istimewa buat Ha-oh di mana di turut menerima basikal baru dan coklat yang banyak.

Sedih rasanya nak lepaskan Ha-oh dan Gary pergi kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...