Ikuti Kami:

Selepas 6 Tahun, Kim Sooro Bakal Kembali Dengan Drama ‘From Today, We Are’

Selepas 6 Tahun, Kim Sooro Bakal Kembali Dengan Drama ‘From Today, We Are’

6 tahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama, nampaknya Kim Soo-ro mungkin akan melakukan comeback tak lama lagi.

Menurut laporan, lelaki itu akan menerajui drama “From Today, We Are”. Ianya diadaptasi daripada siri komedi romantik Amerika yang diambil daripada telenovela Venezuela dan membawa kisah seorang wanita dara yang mengandung anak chaebol generasi kedua dek kesilapan doktornya.

kim sooro

Dipimpin oleh Im Soo-hyang dan Sung Hoon, Kim Soo-ro dilamar membawa watak Choi Sung-il iaitu kekasih pertama Eun-ran (Hong Eun-hee) iaitu ibu kepada watak lakonan Im Soo-hyang. Berjaya mencipta nama sebagai bintang drama harian, dia kemudiannya berjumpa kembali dengan wanita itu setelah sekian lama.

Harapnya Kim Soo-ro akan menerima tawaran drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...